Monday, 19 June 2017

#MCA Sedia Hadapi PRU14 #PRU14



Mengambil iktibar daripada kekalahan semasa PRU-13, MCA telah bersiap sedia dengan 3 strategi untuk memenangi kembali kerusi-kerusi yang telah jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

MCA tidak akan pernah berputus asa. Ini telah diluahkan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA. Oleh yang demikian, pelbagai cara dan langkah terbaik sedang dilakukan oleh MCA demi memastikan kesejahteraan khususnya masyarakat Cina terjamin sekaligus memenangi kepercayaan mereka.

MCA juga dalam perancangan untuk memanggil semula ahli mereka dan seterusnya menyampaikan sasaran, perancangan dan kejayaan yang telah mereka kecapi.Chew Mei Fun telah menegaskan agar ahli-ahli tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang di media sosial. Justeru itu, penting bagi mereka menguasai penggunaan media baharu terutamanya media sosial.

Chew Mei Fun juga memberitahu bahawa pihak MCA telah menjalankan kaji selidik tentang keperluan dan sentimen rakyat terutama masyarakat Cina untuk mengenal pasti cara terbaik untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara amnya dengan memperkenalkan manifesto yang dapat diterima oleh semua.

Selain itu, MCA akan lebih aktif dalam memainkan peranan menyebarkan maklumat yang benar dan menjawab isu serta permasalahan kepada rakyat.

Antara usaha yang dilaksanakan pihak MCA untuk mendekati rakyat ialah melalui program 'Jom Gerak Teguh Bersama'. Speerti yang dizahirkan oleh Chew Mei Fun yang mana beliau mengatakan MCA perlu mengambil langkah proaktif dan luar biasa jika mahu memenangkan hati rakyat.


Beliau juga memaklumkan bahawa MCA yakin dapat menumbangkan Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah ada PRU akan datang.Hal ini berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli di kawasan tersebut.

Demi memastikan kemenangan, Kit Siang sanggup melakukan segala cara. Malah, Naib Presiden MCA itu juga turut menyatakan bahawa Kit Siang adalah seorang ahli parlimen yang tidak membantu masyarakat malah sibuk menyebarkan informasi dan gambaran yang tidak benar mengenai kerajaan.

Tambahan lain, beberapa petunjuk menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) kesiapsiagaan menghadapi PRU14 yang telah digariskan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menunjukkan Gelang Patah berada di kedudukan 10 terbaik.

Untuk rekod, bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman tewas kepada Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi.

#MCA Sedia Hadapi PRU14 #PRU14 Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!