Wednesday, 7 June 2017

"Juruterbang Rempuh Cuaca Buruk Punca Nahas" - Liow Tiong Lai #MCA

Sarawak dikenali dengan bentuk muka bumi yang diluputi gunung ganang dan kawasan hutan yang tebal. Faktor ini mempengaruhi sebarang perjalanan udara ataupun darat. Jika didarat pacuan 4x4 diperlukan untuk merentasi satu kawasan ke satu kawasan memandangkan ia kawasan yang berliku dan mempunyai laluan air sungai yang mencorakkan bentuk muka buminya.

Manakala laluan bagi di udara menggunakan pesawat komesial, pesawat ringan dan helikopter adalah antara altenatif yang ada bagi merentasi sesuatu lokasi.

Di fahamkan melalui berita rasmi kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Punca nahas helikopter Eurocopter AS350 di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lepas antaranya adalah disebabkan keadaan cuaca buruk dan kemahiran juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran,

Laporan tentang nahas ini telah dibentangkan di kabinet pada bulan lalu dan mendapati insiden tersebut belaku ketika helikopter tersebut telah memasuki kawasan yang mengalami hujan lebat dan ribut yang mengorbankan enam penumpang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad Pada 5 Mei tahun lepas.


Hal ini dikemukakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dalam laporan akhir nahas helikopter itu, yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Pengangkutan (www.mot.gov.my) kelak.

Al Fatihah buat arwah Tan Sri Noriah Kasnon dan arwah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang telah pergi meninggalkan kita.
"Juruterbang Rempuh Cuaca Buruk Punca Nahas" - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 7 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!