Friday, 2 June 2017

Bantuan Raya 2017 Penjawat Awam #BantuanRaya2017 #Raya2017 #BantuanRayaPenjawatAwam2017 #PenjawatAwam2017

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 



Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. 

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017. Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion. 

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017. 

Kementerian Kewangan Putrajaya 2 Jun 2017

- Sumber FB Kementerian Kewangan Malaysia


*Syukur Alhamdulillah la kepada Penjawat Awam..
Admin kerja kilang je dah la tak dapat bantuan raya.. cuti lama gaji kena potong...
huhuhu..

Syukur, Dapat la rasa BR1M! Terima Kasih PM Najib!
Bantuan Raya 2017 Penjawat Awam #BantuanRaya2017 #Raya2017 #BantuanRayaPenjawatAwam2017 #PenjawatAwam2017 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 2 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!