Thursday, 15 June 2017

Bajet 2018 dibentangkan Oktober #Bajet2018

PUTRAJAYA 15 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober hadapan.


Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptama ketika mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini. Menurut beliau, majlis konsultasi yang diadakan setiap tahun adalah bagi mendengar pandangan dan cadangan rakyat dalam menggubal bajet negara.

“Majlis konsultasi ini adalah satu platform penting bagi sektor awam, swasta dan NGO memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu semasa serta langkah menanganinya.

“Inilah dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Bajet 2018 dibentangkan Oktober #Bajet2018 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!