Wednesday, 14 June 2017

#AES See Hua Daily Tipu Pembaca?! #MCA #MOT

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan bahawa pemasangan 3 kamera AES di Miri, Sarawak seperti yang digembar-gemburkan di laman web See Hua Daily adalah tidak benar.

AwAS telah berkuatkuasa bermula 15hb.April 2017 yang lalu merupakan satu sistem penguatkuasaan hasil dari gabungan AES dan KEJARA. Sistem AwAS ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai dan melibatkan 14 kamera yang sedia ada dipasang di Semenanjung Malaysia.


Tambahan lain, Kementerian Pengangkutan juga telah mengenal pasti 7 lokasi di semenanjung Malaysia bagi pemasangan 7 lagi kamera, sekaligus menyangkal laporan mengenai pemasangan 3 kamera di Miri. Kerajaan sedang giat berusaha demi menjamin keselamatan rakyat Malaysia khususnya pengguna jalan raya.

Pemilihan lokasi pelaksanaan sistem AwAS serta jumlah kamera yang akan dipasang bukanlah ditentukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan. Tetapi berpandukan kajian terperinci daripada pandangan masyarakat setempat serta statistik kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut.

Liow telah memaklumkan hanya 7 lokasi baru yang dikenalpasti setakat ini untuk dilaksanakan sistem AwAS. Oleh yang demikian, 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak hanyalah khabar angin.

Kementerian juga menegaskan bahawa AwAS tidak akan mengambil alih semua bidang kuasa penguatkuasaan kesalahan had laju pihak Polis dan penguatkuasaaan kamera bergerak. Pihak polis masih lagi berkuasa terhadap kedua-dua penguatkuasaan terbabit.

Akhir sekali, Pihak Kementerian menyeru agar rakyat yang inginkan maklumat terkini dan tepat mengenai sistem AwAS boleh merujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia


* Rujuk siaran media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dibawah

10 Jun 2017
UNTUK SIARAN SEGERA
 
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Laporan tidak tepat pemasangan kamera AES di Miri, Sarawak
 
Merujuk kepada laporan di laman web See Hua Daily berhubung 3 kamera AES yang akan dipasang di tiga lokasi di Miri pada tahun ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia ingin menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
 
Seperti yang diketahui umum, Menteri Pengangkutan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai telah mengumumkan bahawa pelaksanaan sistem AES telah digabungkan dengan sistem KEJARA bagi membentuk satu sistem penguatkuasaan yang dinamakan AwAS.
 
Sistem AwAS ini telah berkuatkuasa bermula 15hb. April 2017 yang lalu dengan 14 kamera sedia ada di mana kesemuanya pada masa ini hanya dipasang di Semenanjung Malaysia. Dalam usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin, Kementerian Pengangkutan akan menambah 7 lagi kamera di 7 lokasi yang telah dikenalpasti di Semenanjung Malaysia. Maka, laporan yang mendakwa bahawa akan terdapat tiga kamera yang akan di pasang di Miri pada tahun ini adalah tidak tepat.
 
Kementerian Pengangkutan tidak pernah menetapkan sebarang jumlah kamera yang akan dipasang, sebaliknya pemilihan lokasi pelaksanaan sistem AwAS akan melalui proses kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan masyarakat setempat dan kekerapan berlakunya kemalangan terhadap lokasi-lokasi cadangan.
 
Setakat ini hanya 7 lokasi baru sistem AwAS yang telah dikenalpasti dan dilaksanakan seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan. Justeru itu, laporan yang menyatakan bahawa terdapat sebanyak 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak adalah tidak benar.
 
Kementerian Pengangkutan juga ingin menafikan laporan sama yang turut mendakwa bahawa sistem AwAS akan mengambil alih semua bidang kuasa penguatkuasaan kesalahan had laju pihak Polis dan penguatkuasaaan kamera bergerak. Kedua-dua penguatkuasaan terbabit masih lagi di bawah bidang kuasa pihak Polis.
 
Kementerian Pengangkutan Malaysia ingin menyeru agar semua pihak supaya sentiasa merujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk maklumat terkini dan tepat mengenai sistem AwAS. 

[TAMAT]
#AES See Hua Daily Tipu Pembaca?! #MCA #MOT Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!