Friday, 12 May 2017

"UMNO bukan untuk Melayu sahaja.." - Liow Tiong Lai



Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke 71 pada 11 Mei lalu, UMNO masih terus relevan untuk menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN). Ini terbukti apabila keupayaan UMNO yang mengetuai segala usaha dan gerak kerja dalam BN bermula sejak dari tahun 1973 lagi.

Perkara ini diakui sendiri oleh Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA yang merupakan parti terawal yang berkejasama dengan UMNO sejak dari penubuhan Parti Perikatan lagi. Katanya ketika ditemu bual mengenai UMNO, beliau meletakkan keyakinan yang tinggi kepada UMNO untuk terus komited bersama parti komponen lain di dalam BN untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

Ujar beliau lagi ketika berucap di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis lepas, berkenaan dengan ‘survivalbility’ UMNO kini sudah terlalu jauh untuk membezakan UMNO yang wujud pada hari ini berbanding daripada yang dahulu, kerana nasib dan kepentingan setiap rakyat diambil peduli oleh UMNO tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata UMNO sebagai tunjang BN akan terus mantap bagi memastikan transformasi negara dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini.

"Tahniah kepada UMNO dan Perdana Menteri. UMNO bukan untuk Melayu sahaja tetapi semua rakyat. Saya amat bangga dengan semangat UMNO yang inklusif, sederhana, yang jaga kepentingan rakyat dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja," katanya.

LAMBAIAN TANDA SOKONGAN KEATAS PENTAS UTAMA :
Liow Tiong Lai Hadir di Hari Sambutan Sempena 71 Tahun UMNO
Selari dengan Agenda Nasional melalui usaha untuk memupuk perpaduan rakyat. Hal ini adalah bagi untuk mencapai matlamat negara melalui Dasar Perpaduan Negara yang sekian lama telah diwujudkan bagi mengekalkan keharmonian antara kaum. Mengakui akan berlakunya kerapuhan semangat perpaduan kaum disebabkan angkara pihak tertentu, Liow sangat berharap agar segenap rakyat tidak mudah percaya tindakan pihak tersebut yang cuba menggugat semangat perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama.

Selain itu, Pelan Transfornasi Nasional yang diperkenalkan oleh YAB PM Najib Razak semenjak menjawat Perdana Menteri dahulu kini semakin mencapai matlamatnya setelah apa yang dirancangkannya selama ini tepat di landasannya. Sebagai contoh yang boleh diambil adalah kejayaan menyiapkan projek fasa 1 MRT di Lembah Klang dan kini sedang dalam proses untuk menyiapkan fasa 2 yang menghubungkan Semantan ke Kajang. Malah usaha transformasi oleh YAB PM diperlihatkan dengan kewujudan UTC sebagai ‘one stop centre’ di setiap Ibu Negeri termasuk di Bandaraya Kuala Lumpur sendiri.

Dalam keadaan PRU 14 yang semakin menghampir takwim arena politik Malaysia. Liow berharap agar setiap parti komponen terus membentuk satu pasukan yang kuat di bawah panji BN agar dapat kembali kepercayaan rakyat. Walaupun tarikh pembubaran masih menjadi misteri, ini bukan maknanya untuk terus leka dan melayani kerenah pembangkang yang hanya tak ubah seperti anjing menyalak bukit.


"UMNO bukan untuk Melayu sahaja.." - Liow Tiong Lai Daeng Selili Rating: 5 Friday, 12 May 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!