Tuesday, 30 May 2017

Demokrasi Tidak Wujud Dalam DAP #DAP

Sudah berpuluh kali pemilihan Ahli Eksekutif Pusat CEC ini diadakan oleh DAP bagi memilih pucuk pimpinan baharu partinya, namun nasib masih terus menyebelahi Lim Kit Siang apabila jawatan yang disandangnya sejak awal penubuhan partinya hingga ke hari ini masih tiada seorang pun yang mencabarnya. Adakah ini disebabkan oleh Lim Kit Siang adalah seorang yang kebal atau memang dia sengaja tidak mahu jawatannya menjadi milik orang lain.

Dalam berlagak dan menyatakan bahawa mereka lah parti paling berdemokrasi di Malaysia, masih ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa, jawatan tertinggi DAP sebenarnya hanya CEC yang layak memilih dan bukannya ahli akar umbi DAP. Sudah jelas akan timbul unsur penyelewengan apabila pemilihan berdasarkan kepada orang yang tertentu sahaja.

Ini terbukti apabila pada pemilihan DAP yang lepas, Lim Guan Eng hanya mendapat kedudukan kelima dari 20 orang yang menang dalam pemilihan CEC. Ini membuktikan bahawa beliau bukan calon yang mendapat sokongan majoriti ahli akar umbi DAP tetapi memandangkan sistem pemilihan DAP yang tidak telus maka beliau dipilih oleh kroni - kroni beliau dalam CEC sebagai Setiausaha-Agung DAP. Sudah semestinya ini mengecewakan ramai ahli DAP.

Pendekatan maksud demokrasi DAP ini jauh berbeza dengan UMNO apabila jawatan Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden parti dipilih oleh hampir 3,000,000 juta ahli akar umbi UMNO. Pindaan perlembagaan ini dilakukan sendiri oleh Presiden UMNO iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Pindaan perlembagaan parti ini membolehkan setiap ahli UMNO berhak memilih memilih pucuk pimpinan parti.

Maka slogan oleh DAP kononnya mengamalkan "the true democracy" dalam parti mereka merupakan satu penipuan yang amat jelas. Seolah-olah seperti sebuah kelab eksklusif yang hanya dihuni oleh golongan berkelayakan. Kumpulan ini sahaja yang berkuasa dalam segala jawatan penting dan dasar-dasar dalaman parti. Itupun masih ada yang menyokong.


Demokrasi Tidak Wujud Dalam DAP #DAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 30 May 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!