Friday, 12 May 2017

Calon Muda Dari MCA Pada PRU14 - Chong Sin Woon #MCA

MCA KOMITED ANGKAT CALON MUDA PADA PRU14.

Teka teki mengenai calon MCA yang akan bertanding pada PRU14 kelak semakin terjawab apabila Ketua Pemuda MCA sendiri iaitu Datuk Chong Sin Woon mengesahkan bahawa lebih ramai calon muda akan dipertandingkan. Keputusan terhadap perkara ini diambil setelah mengambil kira pertimbangan dan pandangan setiap sayap parti.

Dalam kesediaan menghadapi PRU14 akan datang , pelbagai strategi sudahpun dirangka oleh MCA sendiri, pastinya siri PRU14 pada kali ini adalah sangat jauh berbeza dengan siri PRU sebelum ini kerana pelbagai corak dan kelainan akan diketengahkan ketika berkempen nanti. Ini sudah tentunya akan melibatkan lebih ramai parti komponen Barisan Nasional (BN) di petas yang sama.


Idea ini adalah selari dengan hasrat golongan muda yang mahu melihat pemimpin politik yang mempunyai latar belakang kaum yang berbeza duduk sepentas atau ketika berkempen. Malah ketika berkempen pun mereka (Golongan Muda) mahu melihat perkara sebegini dipraktikkan. Walaubagaimanapun, sasaran untuk menarik lebih ramai pengundi Cina masih lagi diteruskan ketika agar objektif asal MCA tidak terus terpesong dari pelan asal.

Bagi memastikan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan lancar, kempen yang akan melibatkan setiap parti komponen akan wajib dilaksanakan. JR Plus ini adalah melibatkan gabungan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri. Malah jentera dari parti komponen juga akan turut sama terlibat dalam perancangan ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai calon yang akan diketengahkan parti itu pada PRU akan datang selepas melawat mangsa yang terlibat dalam kebakaran Ahad lepas di Kampung Baru Sikamat. Turut hadir semasa lawatan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Abu Ubaidah Redza, yang juga Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.
Calon Muda Dari MCA Pada PRU14 - Chong Sin Woon #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 12 May 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!