Tuesday, 30 May 2017

Demokrasi Tidak Wujud Dalam DAP #DAP

Sudah berpuluh kali pemilihan Ahli Eksekutif Pusat CEC ini diadakan oleh DAP bagi memilih pucuk pimpinan baharu partinya, namun nasib masih terus menyebelahi Lim Kit Siang apabila jawatan yang disandangnya sejak awal penubuhan partinya hingga ke hari ini masih tiada seorang pun yang mencabarnya. Adakah ini disebabkan oleh Lim Kit Siang adalah seorang yang kebal atau memang dia sengaja tidak mahu jawatannya menjadi milik orang lain.

Dalam berlagak dan menyatakan bahawa mereka lah parti paling berdemokrasi di Malaysia, masih ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa, jawatan tertinggi DAP sebenarnya hanya CEC yang layak memilih dan bukannya ahli akar umbi DAP. Sudah jelas akan timbul unsur penyelewengan apabila pemilihan berdasarkan kepada orang yang tertentu sahaja.

Ini terbukti apabila pada pemilihan DAP yang lepas, Lim Guan Eng hanya mendapat kedudukan kelima dari 20 orang yang menang dalam pemilihan CEC. Ini membuktikan bahawa beliau bukan calon yang mendapat sokongan majoriti ahli akar umbi DAP tetapi memandangkan sistem pemilihan DAP yang tidak telus maka beliau dipilih oleh kroni - kroni beliau dalam CEC sebagai Setiausaha-Agung DAP. Sudah semestinya ini mengecewakan ramai ahli DAP.

Pendekatan maksud demokrasi DAP ini jauh berbeza dengan UMNO apabila jawatan Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden parti dipilih oleh hampir 3,000,000 juta ahli akar umbi UMNO. Pindaan perlembagaan ini dilakukan sendiri oleh Presiden UMNO iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Pindaan perlembagaan parti ini membolehkan setiap ahli UMNO berhak memilih memilih pucuk pimpinan parti.

Maka slogan oleh DAP kononnya mengamalkan "the true democracy" dalam parti mereka merupakan satu penipuan yang amat jelas. Seolah-olah seperti sebuah kelab eksklusif yang hanya dihuni oleh golongan berkelayakan. Kumpulan ini sahaja yang berkuasa dalam segala jawatan penting dan dasar-dasar dalaman parti. Itupun masih ada yang menyokong.


Baca Seterusnya...

Skandal Tanah : DAP Berjaya Bodohkan Rakyat #DAP

Selepas mendapat mandat pada PRU 12 lepas pembangkang terus memulakan kerja jahat mereka demi mengaut laba keuntungan dari apa yang tinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional. 

Selain daripada menggondolkan beberapa buah hutan. Tanah juga telah menjadi sasaran utama kerajaan di negeri yang dikuasai pembangkang. Menggunakan alasan ‘demi kemajuan’ rakyat seolah-olah meredhai apa sahaja yang mereka lakukan.

Berikut adalah beberapa kes penyalahgunaan kuasa oleh pembangkang di beberapa buah negeri yang pernah dikuasai dan sedang dalam penguasaan mereka:

PERAK & KELANTAN

1. Sebelum rombakan kuasa pada 2009 yang menyaksikan BN kembali berkuasa di Perak, Nizar Jamaluddin hanya seperti patung boneka sahaja dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 2008. Namun segala susun atur dan gerak kerja pentadbiran di negeri Perak di bawah kawal selia dua sepupu sebenarnya, iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

2. Menariknya berkenaan dengan salah guna kuasa oleh DAP di Perak ini adalah Nizar berjaya dipaksa memberi statu milikan kekal selama 999 tahun kepada penduduk di beberappa buah kampong baru Cina. Namun penduduk di Rancangan Tanah Tersusun, RKT hanya diberi sebanyak 99 tahun sahaja, sedangkan jumlah penduduk di RKT jauh lebih ramai daripada jumlah penduduk kampong baru CIna.

3. Nizar akhir tersedar selepas 8 tahun kemudian ketika berkempen di PRK Kuala Kangsar tahun lalu mengakui perkara tersebut. Kini Nizar seolah-olah menjadi orang buangan walaupun masih bergelar Ahli Parlimen, namun DAP yang pernah mengangkat Nizar sebagai MB seperti Nga Kor Ming contohnya sudah lama menginap di rumah agam RM 10 miliknya di Ipoh.

4. Kebejatan oleh Nga dan Ngeh ini juga pernah mereka lakukan terhadap orang Kelantan pada 2012 apabila Arwah Tok Guru Nik Aziz pernah mereka perdaya untuk mendapat kelulusan tanah balak berkeluasan 10,500 hektar. Menggunakan nama Upayapadu Plantation Bhd, dua sepupu sial ini akhirnya Hutan SImpan Relai menjadi milik mereka dengan anggaran nilai sebanyak RM 40 juta.

SELANGOR (Sekutu DAP)

5. Kerajaan PKR dibawah pimpinan Azmin Ali dipercayai telah membuka hutan simpan seluas 619 hektar bagi tujuan pembangunan kawasan. Pembukaan kawasan hutan simpan di Paya Indah Wetland ini diluluskan oleh Azmin Ali semenjak 17 Februari 2015 lagi dimana status tanah tersebut juga ditukar iaitu dari pertanian kepada komersial.

6. Paya Indah Wetland ini merupakan kawasan ekosistem yang besarnya nilai. Setelah dijual dengan harga sebanyak RM784 juta, Paya Indah Wetland kini hanyalah sekadar pada nama sahaja apabila kawasan ekosistem kehidupan tersebut sudah dikomersialkan untuk pembinaan kawasan perumahan.

7. Pada 31 Mac 2017, Azmin pernah cuba menyembunyikan fakta mengenai tanah seluar 9.3 hektar di Bukit Cherakah kini hendak dijadikan kawasan perkuburan Cina. Asalnya adalah untuk dijadikan kawasan perkuburan orang Islam, tetapi selepas Azmin campur tangan dan jadikan tanah itu jirat Cina walaupun pada asalnya mahu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

PULAU PINANG

8. Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP. Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land.

9. Pada 2014, DAP Pulau Pinang jual tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group.

10. Selain itu, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura. RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land.

11. Terbaru isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive itu bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi.

12. Proses jual beli tersebut dilakukan oleh Guan Eng tanpa membuka sebarang tender kerana ia terus melalui rundingan. Dalam bab ini dapat kita lihat bahawa Lim Guan Eng juga mahu mengkayakan dirinya juga selain daripada Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan Penasihat Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

13. Kerana rasuah berkenaan isu tanah, kini Guan Eng sedang didakwa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblem dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah harga pasaran.

Masih ramai sebenarnya yang belum mengetahui sebenarnya pembangkang ini setelah berkuasa di negeri yang mereka menang. Semakin banyak tanah sudah mereka jual kepada proksi lantikan mereka dengan harapan sebahagian hasil penjualan tanah tersebut akan mereka perolehi sebagai hadiah. Akan tetapi itulah sikap mereka yang sebenar. Agaknya andai PRU 14 milik mereka entah tanah yang ditambak pun mereka akan jual.

Cukuplah jadikanlah Perak, Selangor dan Pulau Pinang sebagai tauladan. Betapa rakusnya DAP & PKR bila dapat kuasa. Minta simpanglah jauh jauh agar jangan Pakatan Harapan menang pada PRU14. Tergadai habis tanah dikerjakan mereka jika diberi peluang.


RAKUSNYA HINGGA HUTAN SIMPAN KEKAL PUN DITARAH DAP?!

Baca Seterusnya...

Monday, 29 May 2017

DAP Terus Rakus Tindas Penjaja Di Penang #MCA

Tindakan pimpinan DAP yang sekadar berdiam diri saat ditanya berkenaan dengan bermacam-macam skandal penyalahgunaan wang dan harta rakyat. Skandal ini termasuklah pelbagai projek negeri Pulau Pinang, antaranya ialah:


1. Terowong dasar laut yang membelanjakan sebanyak RM 2 Bilion, tetapi laporan penilaian ‘Enviromental Impact Assessment’(EIA) masih gagal dikeluarkan.

2. Penjualan tanah seluas 6.4 hektar di Lebuh Raya Peel untuk membina sebuah hospital swasta yang mewah tanpa tender terbuka.

Jelas kita melihat disini bahawa DAP sangat munafik dalam ketelusannya membelanjakan wang rakyat, sudahlah semakin ramai rakyat Pulau Pinang tanahnya diambil oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP tetapi masih berlagak seperti malaikat apabila berhadapan dengan rakyat. Itulah contoh munafik yang sesuai mutakhir ini.

Kemunafikan DAP ini jelas apabila sekadar sembang kosong sahaja dengan kerajaannya yang berteraskan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) ditambah pula dengan kesanggupan mereka yang mahu kebajikan dan keperluan rakyat semasa berkempen untuk PRU. Namun akhirnya lain jadinya setelah mendapat mandate rakyat, kini DAP mengamalkan sikap dictator, zalim dan perkauman. Langsung tak ubah sepert pemimpin negara kelas ketiga, tetapi pendirian DAP selalu berubah khususnya disaat akhir.

Amat menarik sebenarnya pendedahan Dr Tan Chuan Hong mengenai sikap kleptokrat kerajaan DAP Pulau Pinang ini apabila, mereka menjadikan kuasa yang dipegang itu untuk berjual beli apa sahaja yang boleh membawa keuntungan kepada DAP. Nasib rakyat terus dipinggirkan tetapi pada DAP peluang yang terhidang perlu disambar dan dikaut hingga licin.

Namun DAP masih khayal dan tidak sedarkan diri apabila menghentam kerajaan, walaupun tiada bukti yang kukuh mereka akhirnya mewujudkan satu persepsi yang akhirnya membuatkan percaya dengan apa yang dibawanya. Malah ada yang mendesak beberapa pemimpin yang terlibat rasuah untuk meletak jawatan walaupun langsung tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Mungkin masih ramai yang belun tahu bahawa Lim Guan Eng kini sedang didakwa atas kesalahan salah guna kuasa yang dilakukannya sendiri sebagai Ketua Menteri pada 18 Julai 2014. Antaranya ialah:

1. Meluluskan permohonan syarikat milik Phang Li Koon, Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukarkan status sebidang tanah.

2. Membeli rumah milik Phang Li Koon di Taman Manggis dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran.

Walaubagaimanapun, Guan Eng tetap dilihat seperti tokong oleh pengikutnya apabila setiap perkara yang dilakukan Guan Eng langsung tidak boleh dikritik. Malah pimpinan DAP juga lupa apa yang mereka ucapkan selama ini bagi memburukkan BN.

BACA JUGA [RMF7]
Baca Seterusnya...

Sunday, 28 May 2017

Semua Bilik Gerakan MCA Seluruh Johor Akan Dibuka - Wee Ka Siong #PRU14 #MCA

MCA Johor tidak perlu menunggu lama untuk kekal kompetitif dalam arena politik di negerinya apabila dilihat sudah pun memulakan langkah awalnya dalam membuat persediaan menghadapi PRU 14. Katanya sudah banyak bilik gerakan telah dibuka dan pelbagai latihan dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap kemantapan jentera.

Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Johor, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga memberitahu bahawa MCA Johor akan membariskan calon yang terbaik bagi menghadapi lawan mereka kelak. Sehubungan itu gabungan muka baharu dan lama sudah pastinya dilakukan memperlihatkan semangat kebersamaan antara golongan tua dengan golongan muda.



Walaubagaimanapun Wee menjelaskan bahawa MCA Johor tidak kisah tentang jumlah kerusi yang diagihkan kerana buat masa ini, MCA masih dalam fasa untuk mendampingi masyarakat di sekitar kawasan komuniti. Soal jumlah kerusi yang akan ditandingi itu adalah perkara kedua.

Tindakan MCA Johor ini sebenarnya adalah mahu menumpukan sepenuhnya terhadap gerka kerja terlebih dahulu, kemudian barulah memikirkan soal keputusan. Dalam konteks ini MCA Johor langsung tidak mahu langsung menyibukkan diri dengan membaca analisis hala tuju parti mereka. Namun jauh sekali hendak menyasarkan jumlah kerusi yang mahu dirampas.

Gerak kerja yang sedang ditonjolkan oleh MCA ini jelas memperihatkan tekad untuk kembali bersaing dalam politik Malaysia. Malah usaha gerak kerja oleh MCA Johor ini menyampaikan satu mesej kepada anggota MCA di negeri lain supaya terus bangkit untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti keramat kaum Cina ini.

Apapun admin beharap semoga usaha oleh MCA ini membuahkan hasilnya kelak, sebagai rakan kepada UMNO dalam Barisan Nasional harapannya bukanlah sekadar merampas kembali kerusi yang tewas. Sebaliknya dapat merampas kembali negeri yang ditawan pembangkang.

Baca Juga SINI : http://postmetro.online/
Baca Seterusnya...

Thursday, 25 May 2017

Melayu Jenis Makan Najis Sahaja Mahu Jadi Barua DAP! #DAP

PEMIMPIN AMANAH BODOH, KUDA TUNGGANGAN DAP

TULISAN DR MUHAIMIN SULAM

Saya tertarik untuk mengulas tulisan Naib Pengerusi 1 AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam, bertajuk “Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza” yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada pukul 12:58 tengahari tadi, 24 Mei 2017, sekaligus mengulas tulisan beberapa orang pemimpin AMANAH lain.

Di antara lainnya, Dr Muhaimin Sulam menulis begini:

“Kamarul Zaman adalah seorang penutur bahasa politik yang baik. Adalah tidak benar jika beliau dituduh sebagai sarjana bodoh. Lebih daripada itu, jangan diheret sama universiti yang menaunginya dalam perbahasan wacananya.”

“Universiti itu tidak bersalah dan tidak perlu dihukum kerana bahasa Kamarul Zaman.”

“Pihak yang menuduh beliau sebagai bodoh - pada mata saya - adalah pembaca suatu doktrin politik juga.”

“Noam Chomsky membahagikan bahasa kepada dua; bahasa mengikut kamus dan bahasa mengikut doktrin. Mana mungkin graduan Indiana University dengan pointer tinggi, serta anak didik Prof Dr Redzuan Othman di Universiti Malaya (UM) boleh dihukum bodoh semudah itu?”

Sambung Dr Muhaimin Sulam lagi:

“Bagi saya Kamarul Zaman bijak menggunakan bahasa sebagai modal sosial yang berharga bagi UMNO dan PAS. Gagasannya mudah difahami oleh sebahagian daripada masyarakat Melayu. Sikit atau banyak yang faham, itu persoalan lain.”

“Hampir keseluruhan tulisan Kamarul Zaman cuba membina persepsi bahawa pembangkang - terutamanya Pakatan Harapan - sebagai bermasalah dan salah. Itu objektifnya. Itu motif akhirnya.”

“Sepintas lalu, beberapa terma digunakan Kamarul Zaman seperti, bacul, bodoh, ekstrim, hipokrasi, rakus, dominan, tidak siuman dan lain-lain bolehlah saya kategorikan sebagai persoalan seputar isu Melayu dan Islam yang bersifat etniksiti dan agama. Inilah dogma yang hendak dikemukakan oleh beliau kepada khalayak.”

“Khalayak yang memiliki tahap bahasa yang selari dengan bahasa yang digunakan oleh Kamarul Zaman akan mudah menerima hujah pensyarah universiti itu.”

Terima kasih kepada Dr Muhaimin Sulam kerana masih berfikiran rasional, walaupun sebahagian besar pemimpin AMANAH lain sudah kelihatan dibawa oleh arus emosi, dengan menegur para pemimpin AMANAH, para pemimpin DAP dan para penyokong mereka yang menyifatkan saya sebagai bodoh, atau, di dalam bahasa Khalid Samad, bodoh tahap maksima, walaupun beliau sendiri adalah seorang pemimpin AMANAH.

Walaupun begitu, perlu dinyatakan bahawa saya adalah seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara terus-terang, iaitu “straight to the point”, dan bukannya seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara puitis dan bombastik sehingga kadangkala terlalu sukar sekali difahami apa isi sebenarnya seperti Dr Muhaimin Sulam. 

Perlu diakui bahawa saya, tanpa sebarang provokasi, pernah menggunakan istilah keras seperti “kelentong” di dalam tulisan saya pada 8 April lalu bagi merujukkan kepada Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; “tohmahan” di dalam tulisan saya pada 25 April lalu bagi merujukkan kepada Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan; dan “hipokrasi” di dalam tulisan saya pada 10 Mei lalu bagi merujukkan kepada DAP. Bagaimanapun, penggunaan istilah keras tersebut, pada hemat saya, ada justifikasinya. 

Istilah-istilah keras lain seperti “bacul”, “bodoh” dan “ekstrim” yang disebutkan oleh Dr Muhaimin Sulam pula sebenarnya hanyalah pemulangan kembali istilah-istilah keras tersebut yang dilemparkan kepada saya sebelumnya oleh para pengkritik saya. Ini pun sebenarnya tidak bersalahan dengan ajaran Islam sendiri yang di antara lainnya menyebut bahawa “Dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang)” dan bahawa “Maka balaslah pencerobohan itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu”.

PEMIMPIN AMANAH TIDAK MAMPU BERHUJAH

Apa pun, isu-isu yang membabitkan saya dengan Hannah Yeoh dan DAP beberapa hari kebelakangan ini sekadar menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada kemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyerang individu lain yang “menyentuh” DAP.

Seperti ramai yang mengikuti isu-isu ini sedia maklumi, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Apabila saya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan Hannah Yeoh.

Khalid Samad mem“bodoh tahap maksima”kan saya kerana kononnya menghujahkan menghujahkan bahawa “tak boleh ada apa-apa buku tulisan mengenai agama lain yang dijual di Malaysia”. Bila saya jelaskan bahawa tiada sepatah pun di dalam laporan polis ayat yang menggambarkan saya mahu buku Hannah Yeoh diharamkan dan betapa sejak 17 Mei lagi telah terpapar di dalam portal berita NST Online kenyataan saya bahawa buku Hannah Yeoh sepatutnya tidak dijual di rak terbuka tetapi dijual di rak Kristian, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Salahudin Ayub pula mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita. Bila saya jelaskan bahawa kebebasan beragama ini adalah dibataskan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam” dan oleh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di peringkat negeri yang memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa dan Zolkharnain Abidin pula mempersoalkan mengapa saya tidak terlebih dahulu mengajak Hannah Yeoh berwacana mengenai kandungan buku beliau. Bila saya jelaskan bahawa lontaran begini patut ditujukan kepada Hannah Yeoh, bukan kepada saya, kerana beliaulah yang pertama sekali membuat laporan polis terhadap saya sebelum saya membuat laporan polis terhadap beliau, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya. 

Punca sebenar isu buku Hannah Yeoh timbul ialah kerana tiga pengakuan beliau sendiri, iaitu mengenai betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; mengenai betapa beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; dan mengenai betapa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam. Bagaimanapun, sehingga kini Hannah Yeoh sendiri mahupun para pemimpin AMANAH dan para pemimpin DAP serta para penyokong mereka gagal membuat apa-apa penjelasan yang memuaskan mengenai pengakuan Hannah Yeoh ini, yang menjadi intipati kepada tulisan awal saya pada 10 Mei lalu bahawa Hannah Yeoh adalah contoh hipokrasi terbesar DAP.

Begitu juga bila saya umumkan pada 22 Mei lalu bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan, dan bahawa setakat itu sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan DAP.

Pengumuman tersebut saya buat pada pukul 7:06 pagi.

Pada pukul 3:06 petang, Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, terus keluar menyatakan saya tidak cerdik dan tindakan saya memang tidak cerdik, kononnya kerana bersusah-payah hendak membuat benda yang tidak perlu dibuat.

Pada pukul 6:39 petang, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, mengeluarkan satu kenyataan rasmi di atas nama KANUN mendakwa bahawa tindakan saya membuat memorandum terhadap DAP adalah salah satu tindakan bagi mendapatkan publisiti murahan semata-mata dan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam. Tambah beliau lagi, KANUN juga melihat tindakan saya lebih berbentuk hasutan kepada orang ramai khasnya orang-orang Melayu untuk membenci DAP dan seterusnya menolak untuk mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14. 

Pada pukul 7:38 petang pula, Ketua Pemuda AMANAH Perak yang juga seorang peguam, Mohd Fitri Asmuni, pula berpencak dengan menuduh saya sebagai cybertrooper bertaraf Doktor, penulisan saya tidak lebih dari sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun saya bertitle Doktor dan penulisan saya memenuhi ciri-ciri untuk tindakan saman fitnah difailkan terhadap saya.

Bandingkan kekerasan dan kekerapan tindakan para pemimpin AMANAH membela DAP dalam isu memorandum ini dengan hanya satu kenyataan rasmi dari DAP pada hari itu, yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada 23 Mei, iaitu oleh Ketua Pemuda Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh, yang berbunyi: “One do not need a PhD, or a Bachelor of Arts with Double major from Indiana University at Bloomington (IUB), or to be a Senior Achievement Award winner, to understand the 51-years-struggle of DAP for a better Malaysia. Kamarul Zaman just need to get hold of a copy of the DAP Constitution and read it through if he is reluctant to dig into the historical profiles and struggles of DAP in the archives.”

Kepada Wong Kah Woh, suka saya maklumkan bawa saya telah lama mengkaji Perlembagaan DAP dan telah kerap kali membuat komentar mengenainya, termasuk di dalam akhbar Berita Harian sejak 26 Jun 2015 lagi. Kamulah yang sebenarnya tidak cerdik kerana tidak memahami Perlembagaan DAP walaupun kamu sendiri bergelar Ketua Pemuda Kebangsaan DAP.

Kepada Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, kamulah juga yang sebenarnya tidak cerdik dan tindakan kamulah yang sebenarnya memang tidak cerdik kerana sebab yang akan saya nyatakan selepas ini.

Kepada Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan? 

Suka juga saya mencabar Wan Anwar Wan Ibrahim supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.

Suka juga saya mencabar Ketua Pemuda AMANAH Perak, Mohd Fitri Asmuni, supaya mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya jika benar tulisan saya mengandungi fitnah.

MENGAPA SAYA KATAKAN PEMIMPIN AMANAH BODOH?

Saya katakan pemimpin AMANAH bodoh kerana mereka sendiri sering menyatakan kebimbangan mengenai kurangnya sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, malah pernah secara terbuka berucap di hadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, begini pada 7 Februari lalu: “Isu yang kita bawa ini, iya, banyak. Tapi kalau jatuh BN, apa nak jadi pada orang Melayu? Ini tanggapan persepsi, bukan satu fakta. Tapi inilah yang dihadapi oleh kita menjelang pilihan raya yang akan datang. Memang pilihan raya yang ke 2013 kita janji nak hapuskan PTPTN, nak hapuskan tol, nak beri elaun kepada wanita yang tidak bekerja. Cukup menarik Buku Jingga kita. Tetapi orang Melayu bertanya, kalau jatuh BN, apa nasib pada orang Melayu? Inilah kita kena bina persepsi ini, terutama sekali rakan-rakan daripada DAP jugak kena membantu nak mengubah persepsi ini.”

Persepsi DAP anti Melayu anti Islam ini sudah lama tertanam di kalangan orang-orang Melayu Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah sampai sekarang Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam walaupun menyebut mahu berbuat demikian sejak 28 Januari lagi.

Kita pergi kepada kandungan memorandum yang kami, lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, ingin kemukakan bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan.

Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia” seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(b) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai “Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi” (Fasal II (4)) tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia”. 

Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak” seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(d) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai “Memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia” (Fasal II (2)), atau mengenai “Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama” (Fasal II (10)), atau mengenai “Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu” (Fasal II (11)), tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak”.

Jika DAP mahu terus bernyawa setelah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan, maka sudah tentulah DAP di antara lainnya perlu meminda perlembagaannya bagi memasukkan pengiktirafan ke atas “Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia” dan bagi memasukkan pengiktirafan ke atas “Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak”. Jika ini berlaku maka sudah tentulah serangan bahawa DAP anti Melayu anti Islam akan berkurangan, jadi tidakkah ini akan membantu kamu, para pemimpin AMANAH, untuk membantu menarik sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan?

MENGAPA PULA SAYA KATAKAN PEMIMPIN AMANAH KUDA TUNGGANGAN DAP?

Saya katakan pemimpin AMANAH kuda tunggangan DAP kerana tindak-tanduk mereka dan tindak-tanduk pemimpin DAP sendiri sering memperlihatkan bahawa pemimpin AMANAH diperkudakan oleh pemimpin DAP.

Seperti disebutkan di dalam tulisan ini sebelum ini, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Seperti disebutkan di dalam tulisan lain sebelum ini, setelah pemimpin PAS yang kalah di dalam pemilihan PAS pada tahun 2015 keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH, rekod menunjukkan pemimpin DAP-lah yang memberi nyawa kepada mereka melalui pelbagai cara, sama ada melalui saluran parti atau Kerajaan Pulau Pinang yang dimiliki DAP.

Belum pun AMANAH dilancarkan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah mengumumkan di Gelang Patah pada 5 September 2015 bahawa keutamaan terbesar selepas 16 September (pelancaran AMANAH) adalah merangka rencana terperinci bagi merampas Johor.

Di saat ada pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR, yang belum bersetuju Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September 2015, pemimpin DAP-lah yang bekerja keras bagi meyakinkan mereka supaya menubuhkannya segera demi kelangsungan AMANAH.

Sehari selepas Pakatan Harapan diwujudkan, Setiausaha Agung DAP selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengumumkan keputusan mesyuarat bahawa kerajaan itu digelar sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, bersama jawatan untuk AMANAH.

Dari sudut ideologi pula, Liew Chin Tong sejak awal-awal lagi mewajibkan AMANAH supaya memenuhi mandat progresif/sederhana dan mengemukakan satu wacana menyeluruh post-Islamis mengenai maqasid syariah bagi memenangi sokongan lebih ramai rakyat Malaysia.



TAKTIK DAP MEMPERKUDAKAN PARTI LAIN DIAKUI LIM KIT SIANG

Untuk makluman para pemimpin AMANAH, taktik DAP memperkudakan parti lain untuk kepentingan DAP ini pernah diakui oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sendiri di dalam kenyataan yang diberikan oleh beliau kepada Andy Mickey Choong Tek Choy pada 20 Mac 2006. Kenyataan Lim Kit Siang ini dimuatkan oleh Andy Mickey Choong Tek Choy di dalam tesis sarjana beliau bertajuk “Democratic Action Party of Malaysia and the Politics of Opposition Coalition Building” dengan National University of Singapore.

“DAP strategy within the opposition grouping was to buttress the young party and hoped that a prolonged opposition cooperation may be sustained and the PKR may come to maturity and lead the opposition forces not in the coming general election but the next. Hence, the DAP were willing to extend the level of cooperation from the various loose alliances with political parties and CSAs and took the next step of transforming the cooperation to a structured opposition coalition for electoral contestation. By doing so, the DAP viewed that it was able to fulfill their long term commitment to Malaysian society and at the same time checking on the expansion of PAS by supporting the development of PKR, which lacked the political machinery and resources as compared to the established political parties.”

“Furthermore, the DAP in the acknowledgement of political realities, attempted to use PKR and Anwar as a counter balance to PAS growth in the Malay political cleavage... In supporting the growth and development of PKR and the cultivation of Anwar supporters, the DAP was able to check on the growth and influence of the PAS in the opposition camp from within a structured coalition.” 

Kenyataan Lim Kit Siang ini menggambarkan betapa liciknya strategi DAP, berkawan dengan PAS di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PAS tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan PKR bagi memastikan PKR boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PAS.

Kini apakah tidak mungkin strategi sama sedang digunakan oleh DAP, iaitu berkawan dengan PKR di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PKR tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan AMANAH bagi memastikan AMANAH boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PKR?

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pensyarah Kanan UUM
Baca Seterusnya...

Tuesday, 23 May 2017

Zaid Ibrahim Suarakan Pendirian Sebenar DAP #DAP

Menarik untuk dipaparkan ‘tweet’ Zaid Ibrahim ini sejak berada dalam kem DAP apabila turut membidas bekas rakan parti dari PKR , Rafizi Ramli. Namun ianya tidak lebih daripada sikap tidak puas hati Zaid terhadap pimpinan PKR yang tidak ‘move on’ terhadap Anwar Ibrahim yang mahu diangkat mereka sebagai Perdana Menteri dari pembangkang.


"Jika Rafizi adalah masa depan Malaysia, maka kita benar-benar tak mempunyai masa depan. Inilah orang yang sinis terhadap sesiapa yang beliau tak setuju dengannya," kenyataan ini sudah cukup sebenarnya untuk kita gambarkan bahawa Pakatan Harapan kini langsung tidak bersepakat dalam membuat sebarang keputusan. Hal ini jelas bahawa mereka selama ini menipu rakyat akan apa yang mereka lakukan dan hajati andai PRU 14 kelak mereka menang.

Sikap taksub yang dibawa oleh PKR jelas dilihat apabila mereka( Ahli PKR) beramai-ramai mengangkat ‘placard’ yang jelas ditulis “Anwar PM ke-7” sewaktu Kongres PKr di Melaka pada minggu lepas. Tindakan oleh PKR jelas membuat Tun Mahathir kesipuan buat kesekian kalinya apabila diperlakukan demikian oleh PKR. Zaid juga menggambarkan tindakan tersebut jelas tidak menghormati kehadiran Tun Mahathir ke Kongres PKR.

Bercakap mengenai dakwaan daripada Zaid Ibrahim. Rafizi menjelaskan sebab dan alasan mengapa Anwar Ibrahim kekal layak menjadi Perdana Menteri. Antara lain ialah, belum ada lagi mana-mana ahli politik lain yang pernah dipenjarakan sebanyak dua kali sepertimana Anwar Ibrahim.

Polemic yang dihadapi oleh Pakatan Harapan ini jelas menggambarkan bahawa mereka hanya mahu dilihat segalanya baik dihadapan penyokong dan rakyat. Namun segalanya berbeza apabila dibelakang tabir. 

Walabagaimanapun tindakan PKR terhadap Tun Mahathir jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir tak ubah seperti barua mereka apabila berkuasa dan Tun Mahathir akan terus dipergunakan PKR bagi mencapai kepentingan politik mereka.
Baca Seterusnya...

Monday, 22 May 2017

Buku "Becoming Hannah" Antara Agenda Halus DAP! #DAP

Seingat admin buku tulisan Hannah Yeoh ini sudah dua tahun berada dalam pasaran, jika masuk kedai buku MPH dan Popular semestinya buku “Becoming Hannah’ ini ada antara buku yang laku kiranya didalam dua buah kedai buku ini. Walaubagaimanapun, admin langsung tidak tertarik untuk memilikinya apatah lagi hendak membeleknya.


Jika difahamkan tajuknya adalah ‘Bagaimana Hannah Yeoh menjadi dirinya sekarang’, namun itu hanyalah sekadar kulit atau ‘teaser’ sahaja. Rupa-rupanya Hannah Yeoh mendedahkan segala perancangannya seandainya mereka menang PRU 14 kelak.

Siapakah Hannah Yeoh ini sebenarnya selain bergelar ADUN Subang dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor? Mungkin masih ramai yang belum lupa sebelum ini Hannah Yeoh mencetuskan kontroversi tentang status bangsa di kad pengenalan. 

Memandangkan Negara Malaysia ini hidup berbilang kaum tindakan tersebut sengaja untuk mencuit orang Melayu yang mengikut sejarahya tuan tanah kepada tanah Melayu. Sudah tentu usaha ini sebenarnya untuk mencetuskan pergeseran kaum di negara ini.

Menurut hasil bedah buku [Rujukan sumber HARAKAH] yang dilakukan oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan usaha gerakan halus yang dijalankan oleh Kristian Evangelis dalam mengembangkan dakyah mereka kepada orang Islam. Ini adalah merupakan satu pendedahan yang admin rasakan tidak boleh diambil ringan memandangkan mereka kini telah mendapat sokongan daripada orang politik seperti Hannah Yeoh.

Dalam bukunya Hannah memberi gambaran tentang “keberuntungan menjadi penganut Kristian dan mempunyai tuhan yang kasih dan adil”. Selain itu, Hannah menceritakan tentang bantuan yang datang tanpa disangka saat memerlukannya, lebih-lebih lagi saat menjelang pilihan raya.

Pada pandangan admin tindakan Hannah sebenarnya mahu mendedahkan kepada umum bahawa agama Kristian mempunyai banyak nilai-nilai murni dalam membantunya sebagai ahli politik mentadbir. Namun, tidak salah pun untuk menceritakan agamanya disebalik kejayaan tetapi untuk bacaan umum umat Islam sendiri perlu berhati-hati dikhuatiri aqidah akan terpesong.

Dahulu ada pemimpin-pemimpin DAP cuba menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka..ketika itu PAS berteriak kegirangan mendakwa mereka berjaya mentarbiahkan orang kafir dalam DAP. Kini mereka berikrar bahawa musuh utama mereka ialah DAP dan sekutu...kami berharap buku "Becoming Hannah" ini disemak dan diteliti kandungannnya bagi menjaga sensitiviti umat Islam malah lebih baik ditarik semula dari pasaran sebab tidak membawa faedah kepada rakyat Malaysia.
Baca Seterusnya...

Friday, 12 May 2017

Calon Muda Dari MCA Pada PRU14 - Chong Sin Woon #MCA

MCA KOMITED ANGKAT CALON MUDA PADA PRU14.

Teka teki mengenai calon MCA yang akan bertanding pada PRU14 kelak semakin terjawab apabila Ketua Pemuda MCA sendiri iaitu Datuk Chong Sin Woon mengesahkan bahawa lebih ramai calon muda akan dipertandingkan. Keputusan terhadap perkara ini diambil setelah mengambil kira pertimbangan dan pandangan setiap sayap parti.

Dalam kesediaan menghadapi PRU14 akan datang , pelbagai strategi sudahpun dirangka oleh MCA sendiri, pastinya siri PRU14 pada kali ini adalah sangat jauh berbeza dengan siri PRU sebelum ini kerana pelbagai corak dan kelainan akan diketengahkan ketika berkempen nanti. Ini sudah tentunya akan melibatkan lebih ramai parti komponen Barisan Nasional (BN) di petas yang sama.


Idea ini adalah selari dengan hasrat golongan muda yang mahu melihat pemimpin politik yang mempunyai latar belakang kaum yang berbeza duduk sepentas atau ketika berkempen. Malah ketika berkempen pun mereka (Golongan Muda) mahu melihat perkara sebegini dipraktikkan. Walaubagaimanapun, sasaran untuk menarik lebih ramai pengundi Cina masih lagi diteruskan ketika agar objektif asal MCA tidak terus terpesong dari pelan asal.

Bagi memastikan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan lancar, kempen yang akan melibatkan setiap parti komponen akan wajib dilaksanakan. JR Plus ini adalah melibatkan gabungan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri. Malah jentera dari parti komponen juga akan turut sama terlibat dalam perancangan ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai calon yang akan diketengahkan parti itu pada PRU akan datang selepas melawat mangsa yang terlibat dalam kebakaran Ahad lepas di Kampung Baru Sikamat. Turut hadir semasa lawatan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Abu Ubaidah Redza, yang juga Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.
Baca Seterusnya...

"UMNO bukan untuk Melayu sahaja.." - Liow Tiong Lai



Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke 71 pada 11 Mei lalu, UMNO masih terus relevan untuk menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN). Ini terbukti apabila keupayaan UMNO yang mengetuai segala usaha dan gerak kerja dalam BN bermula sejak dari tahun 1973 lagi.

Perkara ini diakui sendiri oleh Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA yang merupakan parti terawal yang berkejasama dengan UMNO sejak dari penubuhan Parti Perikatan lagi. Katanya ketika ditemu bual mengenai UMNO, beliau meletakkan keyakinan yang tinggi kepada UMNO untuk terus komited bersama parti komponen lain di dalam BN untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

Ujar beliau lagi ketika berucap di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis lepas, berkenaan dengan ‘survivalbility’ UMNO kini sudah terlalu jauh untuk membezakan UMNO yang wujud pada hari ini berbanding daripada yang dahulu, kerana nasib dan kepentingan setiap rakyat diambil peduli oleh UMNO tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata UMNO sebagai tunjang BN akan terus mantap bagi memastikan transformasi negara dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini.

"Tahniah kepada UMNO dan Perdana Menteri. UMNO bukan untuk Melayu sahaja tetapi semua rakyat. Saya amat bangga dengan semangat UMNO yang inklusif, sederhana, yang jaga kepentingan rakyat dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja," katanya.

LAMBAIAN TANDA SOKONGAN KEATAS PENTAS UTAMA :
Liow Tiong Lai Hadir di Hari Sambutan Sempena 71 Tahun UMNO
Selari dengan Agenda Nasional melalui usaha untuk memupuk perpaduan rakyat. Hal ini adalah bagi untuk mencapai matlamat negara melalui Dasar Perpaduan Negara yang sekian lama telah diwujudkan bagi mengekalkan keharmonian antara kaum. Mengakui akan berlakunya kerapuhan semangat perpaduan kaum disebabkan angkara pihak tertentu, Liow sangat berharap agar segenap rakyat tidak mudah percaya tindakan pihak tersebut yang cuba menggugat semangat perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama.

Selain itu, Pelan Transfornasi Nasional yang diperkenalkan oleh YAB PM Najib Razak semenjak menjawat Perdana Menteri dahulu kini semakin mencapai matlamatnya setelah apa yang dirancangkannya selama ini tepat di landasannya. Sebagai contoh yang boleh diambil adalah kejayaan menyiapkan projek fasa 1 MRT di Lembah Klang dan kini sedang dalam proses untuk menyiapkan fasa 2 yang menghubungkan Semantan ke Kajang. Malah usaha transformasi oleh YAB PM diperlihatkan dengan kewujudan UTC sebagai ‘one stop centre’ di setiap Ibu Negeri termasuk di Bandaraya Kuala Lumpur sendiri.

Dalam keadaan PRU 14 yang semakin menghampir takwim arena politik Malaysia. Liow berharap agar setiap parti komponen terus membentuk satu pasukan yang kuat di bawah panji BN agar dapat kembali kepercayaan rakyat. Walaupun tarikh pembubaran masih menjadi misteri, ini bukan maknanya untuk terus leka dan melayani kerenah pembangkang yang hanya tak ubah seperti anjing menyalak bukit.


Baca Seterusnya...

Sunday, 7 May 2017

Penduduk Gelang Patah Bakal Hukum Kit Siang #MCA

Syabas, MCA telah dengan secara terbuka membuat cabaran untuk merebut kerusi yang diabaikan oleh Penasihat Parti DAP, Lim Kit Siang sebagai teladan kepada pengundi disitu bahasawanya Kit Siang hanya bermain politik semata mata tanpa berniat untuk memperjuangkan nasib rakyat.



Lim Kit Siang bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru baru ini disabitkan dengan dakwaan rasuah oleh pihak SPRM lebih gemar menghilangkan diri disamping menempel di tempat lain sedangkan ia mempunya kawasan yang perlu dijaga.

Apa yang hari ini MCA lakukan jelas dengan tekad dan komitmen untuk meraih kembali kepercayaan orang cina kepada parti komponen Barisan Nasional itu pada PRU14.

MCA dengan siap siaganya sudah mengenal pasti anak tempatan yang bakal diketengahkan sebagai calon pada PRU14 di Gelang Patah yang kini diabaikan oleh Lim Kit Siang (mungkin dalam proses menenangkan anak kesayangannya yang kini sedang didakwa di mahkamah) 

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata calon anak tempatan itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dan disukai oleh penduduk dikawasan tersebut.


"Kita sudah kenal pasti dan telah mula gerak kerja. Tapi kita akan serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk keputusan muktamad," katanya 

Malah niat tersebut disambut baik oleh kepimpinan di negeri tersebut dibawah kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju untuk meletakkan calon MCA bertanding di kerusi itu.

"Rakyat tahu bahawa DAP tidak memberi sebarang khidmat. Mereka hanya pandai bercakap. Rakyat boleh lihat bahawa hanya BN mempunyai nilai teras seperti kesepakatan dan perpaduan yang membolehkannya memberikan khidmat dijanjikan, termasuk di Gelang Patah." Kata Liow.

MCA mengambil inisiatif dengan membuat tapisan nama nama calon yang bakal mewakili MCA (melalui siasatan SPRM) dengan harapan dapat menyenaraikan calon dari MCA yang bersih dan bertanggungjawab.

Ini jelas menunjukan MCA bukan sekadar main main atau sambil lewa dalam pertempuran PRU14 akan datang. Kepada pihak yang sering mengkritik MCA itu perlulah dilihat dari sisi keperluannya MCA dan hakikatnya perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional sejak dahulu lagi adalah resepi terbaik dalam mengurus tadbir negara ini.




Baca Seterusnya...

Friday, 5 May 2017

Video : Kisah Sebenar Jemaah Pukul Lelaki Cina Di Surau Taman Austin Perdana

Satu kejadian pergaduhan di laporkan belaku di hadapan Surau Taman Austin Perdana, Johor Bharu tengahari tadi yang membawa kepada kecederaan pengguna jalanraya dan menjadi tular dimedia sosial.


Dari maklumat yang disampaikan kepada admin, pemandu kereta jenis Toyota Camry berwarna putih telah menekan hon keretanya dengan sengaja berkemungkinan cuba membuat provokasi ketika para Jemaah surau tersebut sedang menunaikan solat fardu Jumaat.

Laluan disitu menjadi sempit ketika tiap kali solat Jumaat ini kerana para Jemaah meletakkan kenderaan mereka dibahu jalan.

Lantaran tindakkan (tekan hon panjang ketika Jemaah masih dalam surau) pemandu tersebut ia membuatkan rasa tidak senang bagi orang yang berada berdekatan disitu dan tindakkan menegur pemandu perbuatan tersebut dibalas dengan isyarat lucah yang ia menjadikan kepada keadaan semakin tegang.


Pihak surau telah memberikan kerjasama kepada pemandu tersebut untuk melepasi sekatan (kemungkinan kereta Jemaah) akan tetapi tindakkan gopoh dan terburu buru si pemandu telah menyebabkan keretanya melanggar kenderaan lain dan seorang lelaki berumur 50an yang ada disitu.



Disebabkan kecuaian beliau, ia mengundang rasa tidak puas hati dari orang ramai yang berada disitu lalu tindakkan tidak sepatutnya belaku seperti video yang dimuatnaik di media sosial. 

Difahamkan laluan tersebut ditutup untuk kenderaan awam bagi tujuan sebagai letak kereta bagi tempoh solat jumaat.







Ada sebuah portal menulis Tajuk? “Pergaduhan Perkauman ! Pemandu Cina di pukul oleh orang melayu” adalah satu tindakkan tidak bertanggungjawab oleh pemilik portal tersebut yang cuba membakar api perkauman. Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakkan terhadap penulis portal tersebut.



Baca apa komen penyokong DAP Setiawan anak didik Nga Kor Ham & Nga Kor Meng?!



Baca Seterusnya...

Tuesday, 2 May 2017

PAS Sesat - Lim Guan Eng [Video] #DAP

Joseph Lim Guan Eng berang bila diisytiharkan sebagai musuh utama PAS pada Piliharaya Umum Ke 14 yang akan datang. Asalnya kenyataan Perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang dilaporkan sebagai berkata bahawa BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP dan sekutunya kerana secara jelas menentang agenda Islam.

Tokong melabelkan tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) parti itu sebagai 'sesat dalam berpolitik selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) dan ini tindakkan yang tidak masuk akal Tokong meskipun sebelum ini gerak geri DAP yang kemaruk kuasa jelas terpancar ditambah pula pengkhianatan DAP terhadap kepimpinan PAS di Pulau Pinang.


Tidak lupa pada tanggal November 2015, 300 Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kalangan anggota PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas telah dipecat oleh kerajaan pimpinan DAP tidak dilihat masuk akal malah lebih dilihat muafakat kesepakatan berkongsi kuasa yang membawa berkat yang melimpah ruah.

P. Ramasamy menyatakan pihaknya menjangkakan jawatan yang sebelum ini milik PAS di Pulau Pinang akan digantikan dengan ahli-ahli Amanah. Ini sesuatu tindakan yang masuk akal oleh Tokong Lim Guan Eng.

Sikap bongkak, sombong dan kuku besi jelas dipamirkan ini "masuk akal" oleh tindakan Tokong and The Gang! Malah Tokong menegaskan DAP tidak akan tunduk dan berunding dengan PAS akan kenyataan itu malahan memilih untuk terus menarik "hidung lembu" yang di dalam PKR, PPBM dan Amanah sebagai tunggang pada PRU14!

Baru baru ini 'Ceramah Rakyat' di Temerloh, Pahang. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa sempat berkongsi pengalaman dan fakta yang berkaitan dengan Kit Siang dan DAP yang cukup jelas sebuah parti yang mengamalkan  sentimen perkauman yang akhirnya terjadinya peristiwa 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara ini.

Hari ini, PAS yang baru 'tersedar dari lena' kini perlu menerima kenyataan yang sebelum ini yang kononnya menafikan DAP bukan sebuah parti rasis dan menentang agama Islam iaitu agama persekutuan negara ini.




Baca Seterusnya...

Monday, 1 May 2017

Kerajaan Beri RM70 Juta Kepada Perkeso

Kerajaan Setuju Beri RM70 Juta Kepada Perkeso Untuk SIP Pada 2018 - Najib

PUTRAJAYA, 1 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan RM70 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso ) untuk tujuan pembayaran faedah kewangan Sistem Insurans Perkerjaan (SIP) pada tahun depan.

Ketika menyentuh lonjakan transformasi pekerja yang bertujuan memperluaskan perlindungan keselamatan sosial dalam ucapannya pada sambutan Hari Pekerja 2017 di sini hari ini, beliau turut mengumumkan kerajaan bercadang memperluaskan liputan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri secara berperingkat kepada kategori pekerjaan tidak formal seperti nelayan, petani, pekebun kecil, penjaja dan penggiat seni.

Buat permulaan, katanya, skim tersebut, yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017, akan memberi perlindungan kepada kira-kira 100,000 orang yang terdiri daripada para pemandu teksi yang bekerja sendiri dan individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya seperti Uber dan GrabCar mulai 1 Jun tahun ini.

Najib berkata bagi memastikan kira-kira 6.5 juta pekerja swasta tempatan sedia ada di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sentiasa terbela dan dilindungi, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan SIP.

"Melalui SIP ini, pekerja (yang kehilangan mata pencarian) akan mendapat bantuan kewangan sementara untuk menyara hidup diri dan keluarga dalam tempoh tertentu semasa mencari pekerjaan baharu," katanya.

Selain bantuan kewangan, pekerja yang kehilangan mata pencarian juga akan diberi sokongan perkhidmatan pekerjaan, yang meliputi bantuan carian kerja, pemadanan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan latihan kerjaya untuk mendapatkan pekerjaan baharu, katanya.

Bagi melaksanakan SIP, kerajaan sedang memperhalusi draf Rang Undang-Undang SIP bagi pembentangan pada sesi Parlimen akan datang, katanya.

Najib berkata kutipan caruman akan dilaksanakan mulai Januari 2018 dan pemberian faedah kewangan dijangka dibuat mulai Januari 2019.

Tegas perdana menteri, SIP merupakan langkah jangka panjang yang bukan sahaja bertujuan untuk membantu golongan pekerja yang terjejas tetapi turut berupaya mengekal dan merancakkan pertumbuhan ekonomi secara mampan, terutama jika berlaku kegawatan.

"SIP ini ibarat pepatah Melayu 'sediakan payung sebelum hujan'," katanya, sambil menyeru semua pihak khususnya majikan untuk menyokong pelaksanaan SIP.

Najib berkata sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan warga pekerja, peruntukan RM52 juta disalurkan kepada Perkeso dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Katanya pada pembentangan Bajet 2017, beliau mengumumkan geran pelancaran sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan Skim Bencana Kerja untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan aktiviti dan seumpamanya, dan skim itu ditadbir urus melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Melalui skim itu juga, katanya, orang berinsurans yang menjalankan pekerjaan sendiri akan dilindungi sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja atau mengalami penyakit berkaitan pekerjaan sebagaimana pekerja dalam sektor formal.


Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...