Saturday, 1 April 2017

Teresa Kok jangan salahkan SPRM - Huan Cheng Guan #SEMUT

Kenyataan Media

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Teresa Kok jangan salahkan SPRM

1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok. Ini adalah susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

2. Pertama sekali, ini membuktikan bahawa pihak SPRM menyiasat segala laporan kes penyelewengan wang rakyat dan rasuah yang dilaporkan tanpa mengira sama ada ianya melibatkan pemimpin Barisan Nasional atau pembangkang. Tidak ada keistimewaan yang diberikan kepada mana - mana pihak.

3. Contohnya, dalam kes rasuah yang melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri Johor, beliau dengan secara sukarela telah mengambil cuti bagi memberi laluan kepada SPRM menyiasat kes rasuah terhadap beliau sehingga selesai. Malah kerajaan negeri Johor juga telah berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat kes ini.

4. Ini berbeza dengan parti DAP dan pemimpin mereka. Apabila mereka disiasat oleh SPRM susulan laporan penyelewengan wang rakyat, perkara pertama sekali yang mereka lakukan adalah mengatakan bahawa siasatan SPRM terhadap mereka adalah bersifat politik untuk menjatuhkan kredibiliti mereka. 

5. Malah, dalam kes penyelewengan wang SMUE oleh Teresa Kok, beliau dengan terbuka telah mengatakan bahawa beliau akan menyaman Dato Seri Jamal Md Yunos kerana melaporkan beliau kepada SPRM (Rujukan :sumber). Jadi sekarang adakah Teresa Kok dan DAP akan menyaman sesiapa sahaja yang melaporkan salah laku mereka kepada SPRM? 


6. Persoalanya sekarang, apa istimewa nya pemimpin DAP sehingga mereka tidak boleh disiasat pihak SPRM? Di hadapan rakyat DAP berpura - pura kononnya inginkan pentadbiran yang kompeten, telus, dan terbuka tetapi apabila disiasat SPRM mereka melatah dan mengatakan ini semua satu drama dan konspirasi. Kalau dikatakan drama , saya rasa YB Teresa Kok yang paling pandai berdrama kerana setiap Tahun Baru Cina dia tetap buat Video Klip untuk sindir orang orang tertentu . Maka dia lah paling kuat berdrama. 

7. Hari ini seorang Tan Sri juga telah ditangkap SPRM kerana cuba memberi rasuah sebanyak RM 2 juta kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Jika seorang Tan Sri boleh ditangkap SPRM, kenapa pula Teresa Kok dan pemimpin DAP tidak boleh "disentuh" pihak SPRM?

8. Inilah bukti sikap hipokrit dan double standard DAP. Bila pemimpin BN disiasat SPRM mereka memuji SPRM menjalankan tugas dengan baik. Namun apabila DAP disiasat mereka katakan ini merupakan satu drama dan konspirasi. Jika tidak bermasalah, kenapa perlu takut?
Teresa Kok jangan salahkan SPRM - Huan Cheng Guan #SEMUT Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 1 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!