Thursday, 6 April 2017

Syed Hamid Albar Pantau Rungutan Pengguna Dilaman Sosial #SPAD

RUNGUTAN PENGGUNA TENTANG PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PERLU DIPANDANG BERAT- TS HAMID ALBAR

Peningkatan prestasi ETS dalam perkhidmatannya dan pelbagai perkhidmatan lain semenjak kebelakangan ini menjadi satu kejayaan buat perkhidmatan pengangkutan Awam Darat. Hal ini wajar dilihat dengan kesungguhan Tan Sri Syed Hamid Albar ketika menguruskan masalah berkaitan dengan pengangkutan Awam Darat.

Hal ini ditambah lagi dengan kecaknaannya dalam menerima rungutan dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna terhadap perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat. Menurutnya lagi rungutan yang diterima inilah merupakan satu input yang terbaik untuk SPAD untuk terus membaiki setiap aspek kelemahan untuk dijadikan selari dengan matlamat kerajaan yang mahukan system Pengangkutan Awam Darat bertaraf dunia.

Peningkatan prestasi perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat dapat dibuktikan melalui atu Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pengguna yang baru dikeluarkan oleh SPAD turut membuktikan bahawa penumpang kini semakin berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam. Pada 2016, tahap kepuasan secara keseluruhan meningkat kepada 84 peratus berbanding 74 peratus pada 2015.

Prestasi cemerlang yang ditonjolkan oleh SPAD apabila kewujudan media social dimanfaatkan secara berterusan dalam ianya berperanan sebagai medium untuk melihat keberkesanan serta runggutan pengguna dipantau oleh SPAD dan Kementerian pengangkutan dalam usaha untuk mengenalpasti kelemahan perkhidmatan yang ditawarkan.


Mungkin pembaca yang tidak tahu bahawa Perdana Menteri baru-baru ini pernah memberi teguran kepada SPAD berkenaan dengan system e-tiket yang gagal beroperasi dan merencatkan tahap perkhidmatan KTMB kepada pelanggan. Perkara ini menyebabkan KTMB diarahkan oleh SPAD untuk menghantar satu laporan penuh berkenaan dengan masalah e-ticket.

Ini memperlihatkan seolah-olah Perdana Menteri menjadi tempat untuk mengadu jika terjadinya sebaranng isu berbangkit. Walhal ini seolah-olah menggambarkan tiada sebarang yang dilakukan oleh KTMB sepanjang mengendalikan operasi apabila sering terdapat gangguan dalam perkhidmatannya, malah ketibaan komuter yang lewat daripada waktu jangkaan seolah-olah menjadi perkara biasa buat pengguna KTMB.

Berdasarkan perangkaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat pada tahun 2013, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggariskan beberapa aspek dalam usaha untuk 




mempertingkatkan lagi system pengangkutan awam darat. 







Pengenalan kepada Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara adalah satu program jangka panjang menangani kemerosotan semasa dalam pengangkutan awam dan membina perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dan lestari untuk negara dengan melaksanakan inisiatif penyampaian berimpak tinggi dan berkesan.
Syed Hamid Albar Pantau Rungutan Pengguna Dilaman Sosial #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 6 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!