Sunday, 2 April 2017

SPAD Serah 300 Lesen Individu Kepada Pemandu Teksi #SPAD



Sebelum penubuhan SPAD dahulu sering kita mendengar tentang pemasalahan yang dibawa oleh para pemandu teksi umumnya diantarannya berkaitan dengan pemilikan permit teksi yang mana sebilangan besar dari pemandu teksi yang terpaksa menyewa permit individu atau syarikat lain untuk beroperasi.

Berbeza pada hari ini, Pihak kerajaan banyak menyalurkan geran-geran bantuan kerajaan disalurkan kepada yang layak.

Kerajaan melalui SPAD telah melancarkan satu skim pemilikan permit teksi persendirian ditawarkan kepada pemandu teksi yang berminat dan tiada memeliki permit teksi.

Langkah ini diambil adalah bertujuan untuk meringan kan beban tanggungan seawan permit yang ditanggung oleh pemandu kepada syarikat dan individu yang lain. Dengan pemilikan permit ini sekali gus pemandu akan dapat menikmati hasil khidmat mereka 100% dan tidak berkongsi dengan pihak lain.

Pada 31 Mac lepas telah berlangsung Majlis penyerahan lesen teksi individu yang di kendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dikongsikan Kenyataan Media SPAD, berkenaan seramai 300 orang invidu telah menerima permit atau lesen pengendalian teksi.



KENYATAAN MEDIA


SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA PEMANDU TEKSI YANG KELUAR SISTEM PAJAK DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI


KUALA LUMPUR, 31 MAC 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka.

Pelaksanaan inisiatif ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah bagi menambahbaik kebajikan para pemandu teksi dan untuk mewujudkan satu persekitaran yang adil dan sihat bagi industri. Suruhanjaya dengan itu telah mengumumkan kelulusan 300 lesen teksi individu.

Kumpulan penerima lesen individu pertama pada hari ini, merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016. Kesemua permohonan tersebut perlu melalui proses saringan dan mematuhi keperluan-keperluan pelesanan SPAD yang direka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri teksi negara.

Sebagai satu pelaksanaan di bawah TITP, kesemua 300 penerima Lesen Individu juga akan menerima geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Bajet 2017.

Di dalam majlis hari ini, 300 Surat Tawaran Kelulusan (STK) telah diserahkan kepada kumpulan penerima lesen individu pertama. Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Sri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar menegaskan bahawa pemberian STK ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan industri teksi Malaysia yang progresif.

"Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, kita berharap akan dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing; pada masa industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini. Industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan ‘trend’ yang mendorong permintaan pasaran hari ini," katanya.

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar, pemandu teksi telah lama meminta supaya pembekuan lesen individu ditarik balik disebabkan ramai di kalangan mereka telah dibebani oleh sistem pajak lama. Sistem tersebut telah menyumbang kepada masalah struktur dan cabaran dalam mewujudkan perkhidmatan teksi yang lebih mengutamakan pelanggan.

"Berikutan kajian yang dilakukan di Makmal Transformasi Teksi oleh SPAD pada November 2015, kami telah mencadangkan pengeluaran lesen individu bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat sebagai satu cara untuk memajukan industri. Kami amat berbesar hati dapat melaksanakan pengesyoran TITP tersebut pada hari ini," katanya lagi.

Secara keseluruhan, TITP menjadi satu pembuka jalan bagi industri teksi Malaysia untuk menjadi lebih mampan dan responsif kepada kuasa pasaran pada masa hadapan.

Pada 1 April 2017, model-model kenderaan bagi kegunaan teksi akan diliberalisasikan untuk membolehkan pilihan kereta yang lebih luas pada harga yang kompetitif bagi pemegang lesen. Di bawah langkah ini, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) (atau penarafan yang setaraf dengannya),boleh digunakan bagi perkhidmatan teksi. Ini adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti bagi pemandu teksi ketika menggantikan kenderaan lama mereka serta berpotensi mengurangkan kos operasi.

Bagi pemandu teksi yang masih di bawah kontrak pajak, SPAD akan mengawal selia kontrak pajak mereka. Kontrak pajak tersebut juga akan ditambah baik dan diseragamkan dengan standard yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sedang dilakukan bagi membolehkan peraturan syarat-syarat kontrak dilaksanakan ke atas pengendali. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TITP
sila rujuk : http://www.spad.gov.my/media-centre/media-releases/2016/spad-unveils-plan-uplift-taxi-industry atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau emel kepada titp@spad.gov.my).





Untuk kelayakan STK, SPAD memerlukan pemohon memenuhi kriteria kriteria dibawah:
  1. Warganegar Malaysia
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai Pemilik Tunggal atau Perkongsian
  3. Mempunyai lesen PSV yang sah
  4. Mempunyai Kad Pemandu SPAD yang aktif atau jika telah tamat, tidak melebihi tiga tahun (3) daripada tarikh permohonan
  5. Berpengalaman memandu teksi sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun
  6. Tidak memiliki Lesen Mengendalikan Kenderaan Perkhidmatan (Public Service Vehicle Service Operating Licence) sendiri bagi teksi atau kereta sewa pada tarikh permohonan
  7. Bebas rekod jenayah
  8. Tidak diisytiharkan bankrap
Bagi kelayakan untuk Geran Tunai Kerajaan RM5,000, Para pemegang STK mesti memiliki kriteria berikut:

  1. Memenuhi keperluan untuk keperluan Lesen Pengendali di bawah Teksi atau kelas Kereta Sewa
  2. Memiliki Kad Pemandu SPAD yang aktif atau sekiranya telah tamat, tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh permohonan
  3. Telah menamatkan kontrak sewa ‘pajak’ tidak melebihi tiga (3) tahun daripada tarikh permohonan Lesen Pengendali bagi kelas Teksi atau Kereta Sewa dengan mengemukakan:
  4. Salinan kontrak ‘pajak’ yang telah tamat atau;
  5. Surat daripada syarikat pemberi sewa yang mengesahkan penamatan kontrak ‘pajak’ di bawah syarikat tersebut
SPAD Serah 300 Lesen Individu Kepada Pemandu Teksi #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 2 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!