Tuesday, 18 April 2017

Sistem Keselamatan Automatik (AWAS) Didik Pengguna Jalan Raya #MCA

SISTEM KINI BERPREASTASI CEMERLANG, SEMAKIN RAMAI PEMANDU PERLAHANKAN KENDERAAN.

Kementerian Pengangkutan dibawah pimpinan Datuk Seri Liow Tiong lai kini semakin berpuas hati dengan Sistem Keselamatan Automatik (AWAS) yang telah diperkenalkan pada 15 April lalu. Ujar beliau apabila mendapati semakin ramai pemandu yang memperlahankan kenderaannya di jalan raya.

Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin dan mengurangkan berlakunya kemalangan. Kamera penguatkuasaan automatic (AES) kini telah dipasang sebanyak 14 biji dan akan diperhatikan dari masa ke semasa agar ia berjalan dengan lancar.

Walaubagaimanapun, maklumat dan laporan lengkap tentang sistem AWAS akan dikeluarkan pada Mei depan. Dalam pada itu, penguatkuasaan sistem secara menyeluruh ini akan dilakukan secara berperingkat hingga ke akhir tahun 2017.

Sebagai pengetahuan sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini membabitkan kamera yang dibantu sistem teknologi maklumat untuk mengesan pesalah trafik. Oleh itu, terdapat 23 kesalahan jalan raya telah dimasukkan ke dalam AWAS secara berperingkat bermula dengan kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu merah, yang akan dikuatkuasa pada 15 April lalu.

Berikut merupakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai sistem KEJARA.

Langgar lampu isyarat ketika merah= empat (4) mata

Memandu melebihi had laju :

1 – 25 km/h - dua (2) mata,

20 – 40 km/h - tiga (3) mata

40 km/h dan ke atas - empat (4) mata

Kumpul 20 mata - Amaran

Kumpul 40 mata -  Gantung lesen enam hingga lapan bulan

Kumpul 60 mata - Gantung lesen lapan hingga sepuluh bulan

Kumpul 80 mata - Gantung lesen sepuluh hingga 12 bulan

Kumpul 100 mata - Lesen batal

Pemegang lesen  -  Kumpul 20 mata, lesen akan terbatal.

Lesen memandu juga akan dibatalkan jika pemandu mempunyai tiga kali penggantungan lesen dalam tempoh lima tahun.

Kesalahan lain yang akan dikenakan mata demerit ialah membawa lebih muatan daripada had ditetapkan dan muatan terjatuh atau tumpah sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Untuk insentif pula, pengumpul mata demerit yang tidak melebihi 20 boleh mengikuti boleh kursus pemulihan. Jika lulus, mata demerit sedia ada akan ditolak separuh. Insentif ini hanya boleh diambil sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu.

Pemandu dengan lesen memandu yang dibatalkan, boleh mengambil semula dan harus lulus ujian lesen memandu untuk mendapatkan lesen memandu yang baharu selepas tempoh 12 bulan dari tempoh penggantungan lesen.


Lesen yang digantung atau dibatakan perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pengakutan Jalanraya (JPJ). Jika didapati memandu semasa lesen digantung atau batal, denda antara RM3,000 ke RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian berpuas hati dengan perkembangan tersebut dan berharap pemandu di negara ini akan lebih mementingkan keselamatan semasa pemanduan selepas ini.

baca juga : https://www.bnbbc.my/awas-mula-tunjuk-kesan-pemandu-perlahan-kenderaan/
Sistem Keselamatan Automatik (AWAS) Didik Pengguna Jalan Raya #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 18 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!