Friday, 28 April 2017

Rafizi Arah Sarawak Report Untuk Fintah Presiden PAS?!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memfailkan saman fitnah ke atas Pengasas dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu. 

PAS sudah memulakan prosiding fitnah di Mahkamah Tinggi London dan menyerahkan saman (borang tuntutan dan butiran tuntutan) terhadap Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report yang berpangkalan di London.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata prosiding fitnah itu difailkan pada 21 April bagi mendapatkan ganti rugi dan suatu perintah injunksi berikutan penyiaran satu artikel fitnah dalam laman sesawang Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

"Segala tohmahan tersebut adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi seseorang seperti Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), yang amat komited dengan proses demokrasi sejak sekian lama," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata Abdul Hadi telah melantik dan mengarahkan peguamnya yang berpangkalan di London, Carter-Ruck, untuk menghantar surat aduan kepada Rewcastle Brown pada akhir 2016 untuk artikel fitnah itu dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf namun tiada respons.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM200,000 sepanjang muktamar kali ini bagi membiayai kos saman terhadap Sarawak Report itu.

"Kita sasar RM200,000 untuk dana kerana kos saman itu menghampiri RM200,000 dan kita jangka dalam dua hingga tiga hari ini kita dapat kumpul duit itu untuk teruskan saman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk 'As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many Other Criminal Connections' yang disiarkan pada 6 Ogos 2016. 

Beliau berkata, tindakan dibuat apabila artikel terbabit menuduh Presiden PAS secara peribadi menerima atau mendapat atau meluluskan penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai pertukaran untuk kompromi dalam hal pendirian politik parti Islam. 

"Segala tohmahan adalah tidak benar yang jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi Presiden PAS yang amat komited dengan proses demokrasi sejak sekian lama, di mana falsafah politik dan tindak-tanduk beliau jelas berpegang teguh kepada prinsip Islam. 

"Mengambil kira fitnah yang amat berat, Presiden melantik peguam bagi meminta artikel terbabit dibuang dan menyiarkan permohonan maaf, tetapi Clare gagal memberi respon malah menyiarkan beberapa lagi kenyataan awam yang merumitkan keadaan," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini hari ini. Takiyuddin berkata, Presiden PAS tidak akan membiarkan tohmahan fitnah berlalu begitu sahaja tanpa dicabar kerana ia menjejaskan nama baiknya. 


"Tindakan saman bagi membetulkan keadaan yang jelas teruk menjejaskan reputasinya di Malaysia, Singapura, England dan Wales," katanya.

sumber : pelbagai 

Modus operandi Sarawak Report bermula dengan serangan pihak SR terhadap YB PM dengan maklumat maklumat PALSU yang digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan negara ini dan mencabulan hak asasi manusia (Fitnah terhadap PM) kini Presiden PAS pula menjadi mangsa laporan palsu dan tidak berasa yang dikutip dari khabar angin dan tuduhan tanpa pembuktian.

SR hanya menabur benih kebencian dan fitnah tetapi langsung tidak menawarkan pembuktian terhadap tuduhan tuduhan SR sebelum ini. SR hanya alat fitnah dajal yang dilihat kini pembangkang sendiri menjadi mangsanya.


Rafizi Arah Sarawak Report Untuk Fintah Presiden PAS?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 28 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!