Monday, 24 April 2017

MCA Komited Beri Kemenangan Kepada Barisan Nasional #MCA

PRU13 lalu telah menjadi satu sejarah yang tidak akan dilupakan dalam arena politik Malaysia ini apabila, MCA sendiri pernah menghadapi “Tsunami Cina” yang terus menjadikan fenomena tersebut sebagai satu tamparan hebat buat mereka sepanjang 69 tahun keberadaan mereka dalam arena politik negara.

Berikutan menurunnya sokongan kepada MCA begitu ketara, pendek kata pada PRU13 lepas lawan kepada MCA mendapat laba politik yang begitu besar sekali. Hal ini apabila MCA sekadar menang 7 kerusi sahaja daripada 37 buah kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Malah kekalahan kepada calon Melayu dikawasan majority Cina jelas memberi mesej yang besar kepada MCA sama ada kembali bangkit atau berundur dari arena politik.

Manakala hanya 11 sahaja kerusi DUN daripada 89 yang dapat dimenangi oleh MCA. Namun disebabkan penolakan inilah yang menyebabkan MCA perlu bangkit dan membuat satu transformasi baharu untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka agar terus kekal relevan dalam siri PRU seterusnya.

Oleh itu, MCA telah melakukan rombakan secara keseluruhan dalam perancangannya khususnya dalam gerak kerja dan strategi bagi merampas kembali jumlah kerusi yang dirampas pada PRU 13 lalu. Dalam pada itu, pendekatan yang digunakan untuk bersama pengundi di setiap kawasan yang pernah dimenangi sebelum ini, agar MCA dapat kembali memberi keyakinan baharu kepada pengundi kepada MCA.

Pendekatan MCA pada kali ini mendapat respon yang positif dari setiap masyarakat dan disenangi apabila bersama terus komited untuk turun padang dan bersama dengan rakyat dalam menyelasaikan pelbagai masalah yang sebelum ini langsung tidak diambil tahu oleh wakil rakyat di kawasan terbabit.

Ibarat seperti satu tonik dalam gerak kerja kepada MCA untuk mengorak langkah dalam mengembalikan sokongan masyarakat Cina dan memanfaatkan sepenuhnya masa dengan akar umbi. Selain itu, segala permasalahan diperingkat bahagian perlu diselesaikan dan inilah peluang terbaik untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.


Berdasarkan statistic PRU13 lepas kekalahan MCA adalah disebabkan kegagalan untuk menangkis setiap isu yang diutarakan oleh DAP. Manakala PAS pula masih vocal dengan memberikan sokongan kepada DAP. Ini menyebabkan MCA tersekat dalam usaha untuk mendapat rentak kemenangan dalam siri PRU 13 lalu.

Mujurlah hari ini rakyat semakin sedar akan segala penipuan yang dimainkan oleh Pakatan khususnya DAP yang gagal menjaga kebajikan rakyat. Ini termasuklah dengan kegagalan membina rumah mampu milik, kenaikan cukai yang tidak masuk akal dan diskriminasi kaum terhadap kaum lain. Ini menjadikan hak rakyat dinafikan sepenuhnya oleh DAP malah lebih malang adalah secara terbuka.

Peluang terbaik masa sekarang bagi MCA ialah bagaimana ada sebahagian daripada pemimpin DAP serta penyokong DAP telah mula menolak parti tersebut yang mana dikatakan mengamalkan dasar kuku besi dan tidak demokratik.

MCA terus bekerja sehingga hari hari terakhir sebelum menjelangnya Pilihanraya 14 akan datang. Tiada istilah untuk berhenti ketika ini. Hanya yang ada mengembalikan sokongan masyarakat Cina kembali kepada MCA dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.
MCA Komited Beri Kemenangan Kepada Barisan Nasional #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 24 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!