Thursday, 6 April 2017

Kenapa DAP Benci MCA?! #MCA

Kenapa DAP Benci MCA?!

Keberadaan Lim Kit Siang dalam arena politik negara bukanlah satu perkara yang asing jika diikutkan. Berdasarkan perbandingan antara parti-parti politik yang wujud di Malaysia ini, Lim Kit Siang lah merupakan pemimpin paling memegang tampuk pimpinan parti politiknya (DAP).

Mungkin Lim Kit Siang juga hidup seolah-olah tidak mendapat keberkatan Tuhan seperti kawan barunya Tun M yang kembali berpolitik, tetapi Lim menjadi Pengerusi DAP semenjak awal penubuhannya lagi. Dalam hal ini aku tidak bahawa sejarah juga ada menceritkan bahawa Lim Kit Siang sendiri punya pertalian darah dengan Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berlogokan petir di Singapura.

DAP di bawah pemerintahan Lim Kit Siang sanggup bertindak seperti orang munafik apabila mereka menyuarakan sesuatu isu berkenaan masalah akan membuatkan mereka dilihat seperti pro-Rakyat. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila mereka hanya bersuara dan berpandangan sahaja tetapi langsung tiada penyelesaian. Lihat sajalah telatah dan gelagat Jimmy Puah dalam sidang DUN Johor tak ubah seperti orang mabuk dalam masa perbahasan.

Maka tidak hairanlah jika batang tubuh seperti Lim Kit Siang menjawat jawatan Pengerusi DAP selama beberapa dekad sekalipun, asalkan mereka tahu dan berani bertindak sesuatu yang jelik demi mengekalkannya di tampuk tertinggi dalam partinya. 

Padahal sebenarnya DAP tidak mahu memberi peluang kepada kepimpinan muda untuk menjadi teraju kepimpinan DAP dan tindakan yang diambil oleh Kit Siang ini adalah untuk memastikan misi ‘Selamatkan Malaysia’ yang diperjuangkan sejak lebih 30 tahun lalu dapat direalisasikan.

Malangnya usaha untuk menyelamatkan Malaysia dilakukan melalui siri tunjuk perasaan dan ucapan yang berbaur hasutan pada suatu ketika dahulu bagi menunjukkan akan kehadiran mereka dalam arena politik tanah air. Akhirnya disebabkan terlalu mempersoalkan Perkara 153 tentang keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan terlampau memprovokasikan orang Melayu hingga berlakunya Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Pernahkah kita terbaca Lim Kit Siang meminta maaf atas terjadinya perkara ini suatu ketika dahulu? Jawapannya tidak.


Dalam soal kesetiaan kepada parti memang DAP sangat berpegang teguh begitu juga tentang kepentingan rakyat tetapi realitinya realitinya DAP tidak pernah mengamalkan nilai-nilai tersebut. Ini adalah susulan bagaimana DAP kini sudah mengiktiraf Mahathir sebahagian dari keluarga pembangkang. Ini pernah dikatakan sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kini DAP sudah mengiktiraf Tun M sebahagian daripada kumpulan mereka. Kita masih tidak lupa bahawa sewaktu zaman Tun M berkuasa dahulu habis sekandang puak DAP ditahan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Malah dahulu setiap ceramahnya pasti akan digelarkan DAP itu parti rasis, kini semua itu hanyalah menjadi bahan sejarah. Manakan tidak apabila DAP sanggup berpeluk dan berpimpin tangan hinggakan menjadikan Tun M sebahagian daripada pimpinan Pakatan Harapan .

Dalam keadaan Kit Siang masih mabuk dengan tampuk penguasaannya dia mungkin tidak tahu wujud segelintir anggota partinya yang kini tidak percaya dengan dasar dan polisi yang dibuat oleh DAP kerana itu bukanlah keputusan yang sama-sama dipersetujui malah itu adalah keputusan yang datang dari Lim Kit Siang sendiri. Pada pengamatan Liow selaku Menteri pengangkutan itu adalah satu perkara yang memalukan.

Hal ini samalah juga dengan sifat munafik anaknya, Lim Guan Eng yang mahu mengetepikan prinsip partinya semata-mata mahu orang Cina mengundi PAS pada PRU 13. Ini jelas menunjukkan bahawa DAP sanggup bekerjasama dengan sesiapa juga mahu pun musuh politik yang amat dibenci sekali pun. Tujuannya adalah sama, mempergunakan mereka ini untuk memastikan kerusi DAP tetap bertambah dan mendapat sokongan.

Menurut Liow DAP pernah mengangkat PAS umpama malaikat dalam PRU13 lalu, kini pelbagai tohmahan dan cacian yang diberikan kepada PAS. Perkara ini samalah juga dengan dahulu mereka gian mengecam Tun M sebagai dictator dan MahaZalim kini dijulangnya si tua itu seperti raja Benggali. Padahal mereka hanya mahu menggunkan Tun M untuk mencapai kepentingan mereka sahaja.

Umum mengetahui pelbagai kecaman dan tuduhan berbentuk rasisme sering dilemparkan ke atas Barisan Nasional oleh pemimpin-pemimpin yang bersifat Chauvanis DAP. Dasar perkauman yang disemai didalam DAP telah menunjukkan bahawa DAP itu adalah parti anak beranak dan bukan sebuah parti yang memperjuangkan hak hak kepentingan rakyat , dan hanya parti kepentingan keluarga Lim.

MCA adalah sangat dibenci oleh DAP disebabkan MCA benar-benar serius dan komited daalam memperjuangkan hak-hak komuniti masyarakat Cina, kerana selagi mana mereka rakyat Malaysia itulah hak mereka. Berbeza dengan DAP yang tahu mencari salah untuk dijadikan modal demi menjatuhkan sesiapa yang cuba melawannya.

Kini sudah hampir mencecah 51 tahun parti yang berperangai Iblis (DAP) wujud dalam arena politik tanah air kita. Alangkah celakanya orang Melayu kerana percaya dengan dakyah dan propaganda oleh parti Kafir lahantullah DAP tersebut. Setakat meningkatkan elaun imam dan bila Masjid di Pulau Pinang, bagaimanakah pula dengan kebebasan orang Melayu kita disana yang berniaga di tepi jalan, terjaminkah mereka dengan setiap hari kelihatan premis mereka selalu disita oleh PBT yang diarahkan oleh puak Taghut ini. Fikir-fikirkanlah..


Kenapa DAP Benci MCA?! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 6 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!