Wednesday, 26 April 2017

Insiden Tren Terkandas : "Hukum Operator Bukan Jalan Menyelesaikan Masalah" - Nancy Shukri #SPAD

Pada September tahun lalu Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya telah mengalami gangguan bekalan elektrik menyebabkan para pengguna LRT terperangkap didalam tren tersebut selama 20 minit. 


Dua hari sebelum itu, ramai pengguna LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas teruk seawall jam 7.00 pagi.

Siasatan awal pihak pengurusan (Prasarana), pengendali perkhidmatan LRT, mendapati bekalan elektrik yang terputus sebagai punca yang mengakibatkan gangguan perkhidmatan berkenaan hari itu.

Meskipun kejadian itu mengundang segelintir ketidakpuasan hari para pengguna perkhidmatan itu pihak Kerajaan tidak semborono menjatuhkan hukuman terhadap operatornya kerana menghukum bukanlah cara yang dapat menyelesaikan masalah itu sekiranya belaku lagi pada masa hadapan itulah yang cuba disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

"Sebaliknya, SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) berpandangan pihak operator berkenaan perlu melaksanakan semua langkah penambahbaikan bagi memastikan insiden sama tidak berulang," katanya kemarin.

Cadangan untuk mengenakan tindakkan terhadap operator pengendali LRT ini datangnya dari beberapa anggota Dewan Rakyat yang mahu operator perkhidmatan awam dikompaun sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan sehingga membawa kesulitan kepada para penggunanya.

Pada pendapat admin setiap kesalahan perlu ada teguran atau amaran. Amaran tegas bakal dikenakan untuk tindakkan yang lebih wajar, jika tidak perkara yang sama bakal berulang lagi sekiranya ianya datang dari kecuaian operatornya kerana ini melibatkan reputasi syarikat dan nyawa para penumpangnya


Insiden Tren Terkandas : "Hukum Operator Bukan Jalan Menyelesaikan Masalah" - Nancy Shukri #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 26 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!