Friday, 28 April 2017

Guna Dana Sendiri Untuk Pasukan 'The Red Warrior' - Annuar Musa

Semangat Sayang Pasukan Negeri Yang Tidak Ada Kepada Pemimpin Lain

Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa telah dianiaya oleh beberapa pihak yang berkepentingan didalam MARA (Kaki Projek) mendakwa MARA telah menaja pasukan “The Red Warrior” dalam mengharungi kancah bola sepak negara.

THE RED WARRIOR adalah nama jolokan kepada Pasukan Negeri Kelantan yang dilihat antara pasukan yang paling konsisten jumlah penyokongnya sepertimana Pasukan Kelab Johor Darul Takzim (JDT).

Baru baru ini beliau telah Jawatankuasa Audit Dalaman Mara dan beliau menegaskan beliau tidak terlibat atau memberi arahan dalam proses rundingan dan keputusan berhubung pakej pengiklanan dan pemasaran antara Mara dan The Red Warrior (TRW).


Tan Sri Annuar Musa memberi keterangan selama sejam bermula pukul 11 pagi Selasa di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Mara,Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Kata Annuar dalam laporan yang ditulis pemberita, proses melibatkan pasukan bola sepak Kelantan itu dilakukan menerusi anak syarikatnya Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Yang menariknya proses ini dilakukkan sendiri oleh pihak MARA bukannya daripada arahan beliau.

Dilaman sesawang Facebook ada yang membuat andaian berbau fitnah yang mana penajaan itu menggunakan dana pendidikan ia sesuatu fintah kotor yang mahu merendahkan kredibiti beliau sebagai Pengerusi MARA.

Pelaburan Mara kepada TRW sebenarnya bukan berbentuk tajaan, sebaliknya pakej komersial untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Dalam erti kata lain Pasukan Kelantan menjual ruang iklan di baju pemain (contohnya) kepada MARA. Hal ini belaku dimana mana sahaja pasukan bola sepak diseluruh negara.


"TRW tak ditaja tapi mereka dah buat pakej komersial selama 10 tahun berbeza dengan pasukan lain yang dibantu kerajaan negeri," ulas Tan Sri Annuar Musa

Pada masa sama, Annuar berkata, beliau hanya meluluskan peruntukan untuk tujuan penjenamaan dan pengiklanan Mara.

"Saya tak pernah arahkan sesiapa dalam Mara guna dana Mara. UniKL guna bajet pemasaran mereka dan rundingan ada hitam putih," katanya lagi.

Kepada individu individu yang cuba berlaku kianat terhadap Tan Sri Annuar Musa tidak lama lagi akan ditunjukan olehNya betapa hinanya kamu semua. Tan Sri Annuar bukan orang baru dalam kepimpinan hari ini malahan ia sudah menjadi asam garam kehidupan beliau.

Apapun admin doakan Tan Sri Annuar Musa berjaya dan meneruskan perjuangan memartabatkan sukan bola sepak dinegara ini.


Guna Dana Sendiri Untuk Pasukan 'The Red Warrior' - Annuar Musa Daeng Selili Rating: 5 Friday, 28 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!