Wednesday, 26 April 2017

Ganti Bas Sekolah Baru Perlu Ambil Masa - Hamid Albar #SPAD

Ramai yang membicarakan tentang keselamatan anak anak yang menaiki bas sekolah yang jenis lama dan kononnya ia tidak selamat. 

Bagaimanapula jika dilihat dari realitinya hari ini dimana para pengusaha ini terpaksa menanggung kos pembelian bas sekolah yang baru melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit dan ini sesuatu yang tidak mungkin belaku kerana para pengusaha bas sekoalh pada hari ini boleh dikelaskan "Hanya cukup makan". 

Memandangkan hal ini, pihak SPAD mengambil langkah memanjangkan jangka hayat penggunaan bas untuk tujuan penghantaran kanak kanak ke sesi persekolahan yang sedia ada kepada 25 tahun (tempoh sah bas boleh beroperasi). 

Bila pihak pengusaha meminta kepada pada ibubapa agar memberikan tambahan harga tambang, ramai yang tidak bersetuju. Tetapi mengidamkan perjalanan yang selamat dan baik buat anak anak.

SPAD memanjangkan tempoh sah bas beroperasi tersebut bukanlah satu titik noktah ia menjamin keselesaan dan keselamatan para penumpangnya. Pihak pengusaha sewajarnya mengikut garis undang undang yang telah ditetapkan untuk bas sekolah tersebut diyakini selamat dan boleh memberikan khidmat terbaik dengan menyelenggaran yang betul dan sentiasa berhati hati dijalan raya.


Hari ini dalam satu sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, 

"Pengusahanya ada yang terdiri daripada ibu tunggal dan individu yang mencari makan sahaja. Atas sebab itu kerajaan memudahkan permohonan mereka untuk mendapatkan lesen bas sekolah," 

Jelas disini pihak pengusaha bukanlah dikalangan syarikat besar yang mampu untuk menyediakan bas sekolah yang baru.

Kebiasaanya pemandu bas sekolah antara orang yang cermat dan cukup berhati hati ketika menjalankan tugas meskipun ada beberapa kes kemalangan ia tidak menjadi penyumbang kepada faktor kemalangan maut di negara ini.

Pada masa akan datang sekiranya pihak SPAD mengarahkan pengusaha untuk menukarkan jentera mereka (ia bersabit dengan pematuhan kenderaan telah tamat tempoh operasi). Pihak pengusaha adalah amat wajar untuk mematuhinya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini belaku.


Ganti Bas Sekolah Baru Perlu Ambil Masa - Hamid Albar #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 26 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!