Sunday, 30 April 2017

DAP Sering Menentang Agenda Islam - Yusni Mat Piah




ALOR SETAR: Perwakilan Pas Pulau Pinang hari ini menyifatkan parti DAP sebagai musuh parti itu yang jauh lebih besar berbanding parti UMNO.

Menurut Yusni Mat Piah, ini dapat dilihat menerusi tindakan DAP yang secara berulang kali menentang agenda Islam yang dibawa oleh Pas dengan mengambil contoh pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355 yang dibawa oleh Pas.

"Kita tidak perlu kemuka hujah yang banyak.

"Terbaru, kita lihat bagaimana mereka (DAP) menentang pelaksanaan RUU355," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di hari kedua Muktamar Pas Pusat Ke-63 di sini hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pas menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip parti berasaskan kaum Cina itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Hadi turut memberikan contoh tentang usul pindaan RUU 355, yang ditentang DAP sejak awal lagi. - sumber


Pendapat Perwakilan Pas Pulau Pinang ini sama seperti yang dikongsikan oleh Tan Sri Annuar Musa sebelum ini yang mendakwa Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai rasis, anti-Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya selama ini.

Malahan DAP dan saff kepimpinan mereka tidak pernah berselindung dalam hal hal berkenaan Orang Melayu, Islam dan Raja di negara ini. Malah berbangga bila "tunjuk belang" menyindir atau mempelekehkan hal hal yang berkaitan Agama, bangsa dan Negara.

Penahkah kita lihat Kit Siang selaku penasihat DAP menegur kepimpinan DAP agar menghormati cara hidup berbilang bangsa dan agama dinegara ini? Jawapannya TIDAK kerana DAP modal politiknya berunsur Kebencian dan Perkauman.

Pada zaman pemerintahan pemimpin Melayu terdahulu yang mana PAS menjadi pembangkang utama dinegara ini (sebagai penyuburan demokrasi di Malaysia), Pernah terjadikah hal hal seperti kata kata dan tindakkan yang berbau perkauman dan kebencian? Hari ini semua ini belaku ianya kerana ia dibawa oleh DAP apa bila mereka kini mendapat sedikit kuasa.
DAP Sering Menentang Agenda Islam - Yusni Mat Piah Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 30 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!