Wednesday, 5 April 2017

DAP Alih Isu SPRM Seputeh Dengan Reka Berita Palsu Pada MCA #MCA

DAP kini seolah-olah terdesak dan berusaha untuk kembali dilihat terus relevan di mata rakyat. Hal ini dapat dibuktikan wujudnya ‘try hard’ oleh dalam beberapa isu yang mereka mainkan sendiri dan cuba untuk menyelesaikan sendiri, tetapi masih gagal dek kerana sudah ramai yang mengetahui permainan rekaan DAP.

DAP kini adalah jelas parti yang bersifat Neo-Komunis kerana terlampau kemaruk berharap agar persepsi yang direkanya menjadi tumpuan rakyat. Maka wujudlah pelbagai versi berita palsu yang mereka wujudkan demi mengalih tumpuan rakyat kepada isu yang mereka cipta.

Jelas kelihatan sehari dua ini setelah Pejabat Parlimen Seputeh Teresa Kok diserbu oleh pihak SPRM. Menurut sumber oleh SPRM Teresa Kok kini disyaki ‘songlap’ dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Skim Mesra Usia Emas(SMUE) yang merupakan tabung dana yang diamanahkan oleh rakyat Selangor dan bukannya kepada wakil rakyat DAP seperti Teresa Kok.


Oleh kerana SPRM masih menyiasat akan wujudnya salah laku dalam penggunaan duit YAWAS dan SMUE oleh MP DAP Seputeh. Disebabkan oleh terdesak dan mahu sentiasa dilihat ‘looking good’ dimata rakyat, akhirnya mereka menipu setiap rakyat Malaysia dengan menerbitkan berita palsu tentang penarikan diri MCA dalam komponen Barisan Nasional.

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Tindakan yang tak cerdik oleh puak kiasu jelas gagal walaupun terdapat beberapa berita palsu tersebar di dada media social. Malangnya ia sekadar suam-suam kuku sahaja kerana tiada maklumat lain seperti portal-portal berita juga langsung tidak memaklumkan perkara ini. Lebih malang buat DAP apabila fitnah busuk mereka mendapat penafian oleh pimpinan tinggi MCA seperti Presiden dan Timbalan Presiden, malah mereka bertegas akan tetap bersama dengan Barisan Nasional.

Kewujudan parti kiasu seakan DAP ini mengingatkan aku tentang cerita Yakjuj dan Makjuj yang akan muncul diakhir zaman dan akan memusnahkan segala apa yang terlihat di mata mereka. Begitulah juga dengan sikap DAP yang bertopengkan Malaikat tetapi berhati Iblis, lihat sahajalah sejarah penubuhan DAP di Malaysia penuh dengan protes dan tunjuk perasaan hingga tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Alangkah celakanya jika kini terdapat sebilangan orang Melayu yang kini menghambakan diri untuk menjadi batak kepada DAP. 

Baca juga

MCA Keluar Barisan Nasional Adalah Berita Palsu! #MCA

http://daengselili.blogspot.my/2017/04/mca-keluar-barisan-nasional-adalah.html
DAP Alih Isu SPRM Seputeh Dengan Reka Berita Palsu Pada MCA #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!