Wednesday, 5 April 2017

Cadangan Grabcar Dan Uber Kenderaan Sah #SPAD

Sistem e-Hailing yang sedia ada sudah diguna pakai oleh setiap pemandu Uber dan Grab dalam sector perkhidmatan yang berteraskan pengangkutan. Melalui system ini pengguna Teksi boleh menempah untuk menggunakan perkhidmatan awam menerusi aplikasi yang perlu dimuat turun melalui Apple iOS dan Android.

Berikutan daripada berkesannya system ini yang telah lama digunakan oleh Uber dan Grab dalam perkhidmatannya. Saranan berkenaan dengan e-Hailing telah dikemukan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar tentang keperluan perkhidmatan teksi untuk menggunakan system ini yang dilihat lebih canggih berbanding system meter yang dikenakan mengikut jarak tertentu.

Menyambut akan perkara itu, Rang Undang-Undang Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 telah dibacakan di Dewan. Memetik akan pembacaan itu ini akan menjadikan perkhidmatan Uber dan Grab adalah sah disisi undang-undang.

Dalam pindaan ini, Datuk Nancy Shukri mencadangkan agar perkhidmatan e-hailing menjadi kenderaan perkhidmatan awam yang merujuk kepada lessen perniagaan pengantaraan. Cadangan beliau agar Jadual Pertama Pengangkutan Awam Darat 2010 turut dimasukkan takrif kenderaan e-hailing ke dalam takrif tersebut.

Walaubagaimanapun pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 mecadangkan akan perkara sedemikian. Namun untuk memohon pengantaraan bagi tujuan perniagaan perlulah terlebih dahulu memohon daripada SPAD. Hal ini jelas dalam peruntukan yang termaktub dalam Hansrad berkenaan dengan cadangan pindaan terhadap Akta ini.


Cadangan untuk pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 masih dalam tahap awal untuk menjadikan perkhidmatan alternative kepada pengangkutan awam baru seperti Grab dan Uber sah disisi undang-undang.
Cadangan Grabcar Dan Uber Kenderaan Sah #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!