Tuesday, 25 April 2017

Banner 'TYPO' Jelas Sikap MCA Lebih Terbuka! #MCA

Semalam tersebar sekeping gambar yang mana didalam gambar tersebut dan terpampang sekeping banner (kain rentang) mengucapkan ucapan tahniah kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang digantung dihadapan Pejabat MCA Taiping, Perak.

Difahamkan banner tersebut mempunyai perkataan ‘pembatalan’ sepatutnya di tulis ‘pertabalan” ini sesuatu yang dianggap ‘typo’ yang tidak disengajakan. Almaklumlah kita sebagai manusia tidak lari dari kesilapan.

Pihak MCA mengambil tindakkan dengan menurunkan banner tersebut dan diganti semula dengan susunan ayat yang betul. Teguran ini jelas diambil perhatian oleh MCA yang kita sedia maklum MCA lebih bertoleransi berbanding parti DAP yang tidak pernah mahu mengaku salah dan sering menunding jari kepada orang lain.

Pihaknya MCA Taiping telah memberikan kenyataan maaf dalam sebaran yang diterima dari rakan media yang lain.

"Salam Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan. Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula. 

Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku diatas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia."

Tulus ikhlas daripada 

Cik Ang Sui Eng, Pengerusi MCA Bahagian Taiping



Dari kacamata admin, hal sebegini tidak perlulah dihebah hebohkan melampau lampau memandangkan ia sesuatu yang tidak disengajakan dan MCA Taiping. 

Pst : Nak tanya.. DAP ada ke nak ucap tahniah kepada DYMM Di-Pertuan Agong? Eh lupa..DAP mana suka Raja Raja dan Sultan! 
Banner 'TYPO' Jelas Sikap MCA Lebih Terbuka! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 25 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!