Wednesday, 22 March 2017

Video Pemandu Bas Buli Pengguna Jalanraya Akan Disiasat #SPAD

SPAD MENYIASAT ADUAN BAS BULI PENGGUNA JALANRAYA



Insiden bas ekpress yang dirakam memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Karak sabtu lepas akan disiasat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Satu video yang menunjukkan kenderaan yang dinaiki tiga penumpang termasuk seorang kanak – kanak berusia setahun dipercayai telah cuba dihimpit oleh sebuah bas ekspress yang dimilki oleh Darul Naim Express Sdn Bhd. Pemandu bas berkenaan juga memandu secara berbahaya di Lebuh Raya berkenaan. 

Pihak SPAD menyatakan akan menyiasat berhubung dengan kes tersebut mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD)

Keterangan juga telah diambil oleh SPAD dari pihak yang terlibat, dan berjaya mengesan pemandu terbabit serta telah mengambil keterangan darinya. Siasatan dan keterangan juga telah diambil dari syarikat pengendali bas Darul Naim Ekpress. Sehubungan dari itu, pihak SPAD telah menggantung permit kenderaan yang terlibat di sepanjang tempoh siasatan.

SPAD berkata, jika pihak terlibat didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman mengikut akta yang diperuntukkan sekiranya mereka terbukti bersalah. Manakala pemandu yang memandu secara membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam video rakaman berdurasi 51 saat yang dimuat turun di dalam laman Facebook menunjukkan pemandu bas menunjukan isyarat seperti sedang marah kepada pemandu kereta terbabit dan cuba mengejar kereta tersebut dengan cara pemanduan yang merbahaya dan dipercayai cuba menghimpit pemandu kereta berkenaan.

Video Pemandu Bas Buli Pengguna Jalanraya Akan Disiasat #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 22 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!