Wednesday, 22 March 2017

#UEC Bukan Soal Iktiraf Atau Tidak Iktiraf - Tan Sri Annuar Musa #TSAM

NAMPAK JANGGAL..

Apa yang bermain difikiran Tan Sri Annuar Musa tentang isu ‘Unified Examination Certificate (UEC)’ yang hanya melibatkan 60 buah sekolah persendirian (Cina) di Malaysia. Pesepsi buruk yang kuat berlegar diruangan komen Facebook dan pesanan ringkas Whatapps memperlihatkan bahawa Annuar Musa mencari nahas atau lebih dilihat meludah kepada perjuangan orang Melayu di Malaysia yang sememangnya tidak berkompromi tentang hal yang sedemikian.

Hal ini timbul gara gara ucapannya di sidang Dewan Rakyat pada 16 Mac yang lalu menyentuh isu UEC dan pesepsi yang berlegar kini seolah olah Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan mengiktiraf UEC sekaligus dilihat menjadi penjilat kepada Dong Zong atau dikenali dengan nama Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Sekolah Cina Malayia.

Malah ada yang menyelar beliau melangkau pucuk pimpinan hari ini kerana membuat pertemuan dengan Dong Zhong tanpa menuruti PM Najib Razak. 


Kalau dirujuk dalam hansard parlimen perkara itu ini amat jelas. Tapi kemungkinan sebabnya terdahulu itu ada sebuah media bukan Bahasa Melayu menggunakan 'caption' atau tajuk sensasi  mengatakan TSAM dipecat kerana sokong UEC. 

Sebelum ini UEC telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan itu ada dalam sekular bertulis kerajaan. 

Cumanya, UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam (JPA).

Tetapi ramai yang tidak dapat membezakan perihal ini dan mengambil jalan pintas dengan merangkumkan semua kepada persepsi "iktiraf dan tidak diiktiraf"

Kenapa ia tidak diiktiraf bagi IPTA dan Perkhidmatan Awam? Antaranya masalahnya ialah taraf Bahasa Melayu di korikulum mereka dikatakan tidak setara dengan korikulum Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Isi kandungan subjek Sejarah yang mereka ajar dikatakan tidak memadai dengan content Sejarah yang dikehendaki oleh Kementerian. Content Sejarah mereka ialah 30% sejarah dunia, 30% sejarah negara China dan 30-40% sejarah Asia yang mana sejarah Malaysia menjadi sebahagian dari sejarah Asia. Berkenaan hal inilah menyebabkan TSAM sendiri berjumpa dengan Dong Zhong untuk mendapatkan gambaran sebenar akan perkara ini. Dan segalanya tersingkap bilaman Dong Zhong mengakui dimana subjek Bahasa Melayu di sekolah mereka tidak mematuhi standard Sijil Pelajaran Malaysia.

Oleh itu kita tidak boleh bercakap berdasar pada sentimen melainkan kita duduk, kita mendengar, berbincang dan kemudian boleh membuat keputusan. Soal iktiraf atau tidak diiktiraf. Itu kuasa Kerajaan. Sekarang ini, UEC belum boleh diiktiraf. Itu pendirian Kerajaan.

Dong Zhong kini sudah mengalami perubahan kepimpinan di bawah kepimpinan Datuk Temenggong Lau maka rundingan dapat dilakukan memandangkan pihaknya bersikap lebih terbuka perbincangan boleh dibuat.

Penekanan terutama dalam rundingan tersebut adalah soal Bahasa Melayu dan Sejarah dan terpulanglah kepada hasil rundingan itu nanti. Sama ada nak iktiraf atau tidak.

Pada pendapat TSAM, isu UEC ini tidak boleh dilihat secara perkauman. UEC bukan soal orang Cina. UEC adalah soal pendidikan dan soal content yang perlu menepati dasar pelajaran kebangsaan, perlu mematuhi akta pelajaran, dan perlu menghormati perlembagaan negara. Itu tidak ada kompromi. Itu wajib.

Standard sekolah-sekolah persendirian Cina mestilah selari dengan perlembagaan negara, tidak bercanggah dengan akta, menghormati dasar pelajaran kebangsaan. Ramai kata UEC bercanggah dengan perlembagaan. Ada yang kata UEC bercanggah dengan akta pelajaran. Menurut TSAM ia tidak bercanggah dengan perlembagaan. Malah ia wujud sebelum wujud perlembagaan, sebelum Merdeka. untuk makluman Dong Zhong wujud sejak 1954, sebelum negara kita Merdeka.

Sekolah-sekolah persendirian Cina wujud ini sebelum negara kita Merdeka. Apabila kita Merdeka, Malaysia membuat perlembagaannya akan tetapi sekolah-sekolah ini dibenar untuk diteruskan juga. Ini bermakna bila ia dibenarkan, bererti ia adalah sah. Dan ia bukan sekolah haram. Dalam erti kata lain ia lulus di bawah akta yang ada dan dibenarkan di bawah perlembagaan Malaysia.

Mengikut perlembagaan, sekolah ini dibenarkan beroperasi tetapi ia tidak selari dalam dasar kerajaan, ini bermakna ia tidak layak menerima bantuan kerajaan, mereka kena tanggung sendiri semuanya seperti bangunan sendiri, tenaga pengajar sendiri, buku sendiri dan lain lain lagi.

60 buah sekolah memilih untuk kekal sebagai sekolah persendirian Cina dengan persijilan mereka sendiri. Isu sekarang bukan soal kewujudan sekolah (yang konononya tak bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang). Cuma persijilannya tak boleh diiktiraf di bawah persijilan SPM kerana ia tidak mengikut korikulum pendidikan kebangsaan.

Isu UEC ini perlu ditangani dengan penuh hemah bukannya emosional. Malaysia menghargai orang yang mencintai bahasa, yang memperjuangkan dasar pelajaran kebangsaan dan orang Melayu khususnya.
#UEC Bukan Soal Iktiraf Atau Tidak Iktiraf - Tan Sri Annuar Musa #TSAM Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 22 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!