Friday, 24 March 2017

SPAD Buka Peluang Pada Golongan Anak Muda #SPAD

SPAD baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi interaksi bersama "Young LPT Enthusiasts." Sesi ini dianjurkan untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk mengenali dengan lebih mendalam kerja dan usaha di sebalik tirai bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara. 

Ia juga bertujuan melahirkan pemimpin masa hadapan yang sedar akan kepentingan menggunakan pengangkutan awam darat daripada kalangan remaja.



Seramai 6 orang anak muda yang berumur daripada 16 sehingga 20 tahun telah dipilih untuk program yang pertama kalinya diadakan ini. 

Keenam-enam anak muda yang terpilih adalah:  Ashraff, berumur 20 tahun daripada Kuala Lumpur, Adam Zikry berumur 17 tahun daripada Skudai Johor,  Razim, berumur 22 tahun daripada Kulim, Kedah, Amirur Rashid Zaid, berumur 17 tahun daripada Pontian Johor, Ho Yee Tat Adison berumur 17 tahun daripada Kelana Jaya, Selangor dan Aliff Mohd Rafik, berumur 16 tahun daripada Kuala Lumpur.



Semasa sesi tersebut (bermula pada 20 Mac 2017), mereka telah mengunjungi pelbagai tempat menarik, bermula dengan ibu pejabat SPAD. Anak-anak muda ini telah berpeluang untuk bertemu dengan YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD dan diberikan penerangan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif serta fungsi-fungsi SPAD.



Seterusnya mereka telah dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan bagi penerangan mengenai operasi bas Kemudiannya mereka telah mengunjungi Bas Academy RapidKL, Cheras Selatan, di mana mereka diberi peluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL. Akhir sekali mereka dibawa untuk melawat depoh MRT bagi penerangan mengenai operasi MRT pihak Rapid.




SPAD Buka Peluang Pada Golongan Anak Muda #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Friday, 24 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!