Monday, 6 March 2017

MCA Teguh Pegang Konsep Berkongsi Kuasa - Liow Tiong Lai #MCA

MCA TERUS KOMITED UNTUK MEMBANTU BARISAN NASIONAL

MCA perlu memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina di negara ini. Menurut  Presidennya,  Datuk Seri Liow Tiong Lai, “gagasan 13 parti komponen dalam Barisan Nasional tetap berpegang kepada konsep berkongsi kuasa dan membuat keputusan berdasarkan  konsesus”.

Ini bermakna ura-ura yang mengatakan bahawa MCA akan keluar dari parti BN adalah sangat tidak boleh diterima akal, malah ujar Liow lagi tidak mengikut arus DAP yang hanya pandai membuat gimik semata-mata untuk mendapatkan sokongan jelas tidak menepati matlamat parti itu.

Tegasnya lagi dalam ucapannya sempena ulang tahun ke 68 MCA bahawa ‘survivality’ MCA adalah apabila masih wujud sokongan kaum Cina kepadanya agar mereka terus komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan yang layak  untuk mereka rasai.

Bertemakan ‘Stronger Together’ pada sambutan ulang tahun ke 68 ini, Liow menggesa agar semua kaum Cina membuat perubahan dalam satu ‘mind set’ yang sangat penting agar wujud kembali semangat penyatuan demi perubahan untuk kaum Cina sendiri.

Dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang Liow menggesa agar setiap anggota partinya mempersiapkan segala keperluan yang perlu diberi keutamaan  bagi membaiki kembali reputasi MCA yang sudah dua penggal hilang sokongan daripada rakyat.

Justeru itu, setiap daripada anggota parti diingatkan agar menggunakan platform media sosial ke peringkat  maksimum supaya setiap rakyat dan pengundi akan mendapat informasi yang lebih jelas, lebih-lebih apabila berkenaan dengan isu mutakhir ini.


 Demi untuk mencapai apa yang dimaksudkan oleh Liow adalah apabila gesaan kepada setiap ahlinya supaya menggunakan setiap telefon pintar masing-masing untuk membantu parti memikat pengundi.
MCA Teguh Pegang Konsep Berkongsi Kuasa - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 6 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!