Thursday, 2 March 2017

Mahathir Munafik Tua! #TunUTurn

Mahathir Dibidas Tentang 'U-turn'
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, hari ini membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya membuat "U-turn" (pusingan U) aneh dalam persepsi bekas perdana menteri itu terhadap pelbagai perkara.

"U-turn sebegini oleh Dr Mahathir amat menghairankan. ...sama ada Dr Mahathir berbohong atau tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Tengku Sariffuddin berkata realitinya rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayai apa-apa sahaja kata-kata U-turn Dr Mahathir.

Beliau berkata Dr Mahathir suatu ketika dahulu digelar Harimau Asia, dan untuk mengekalkan kuasa, beliau mencantas musuh-musuh politiknya.

"Dia memasukkan timbalan perdana menterinya - (Datuk Seri) Anwar Ibrahim - ke dalam penjara kerana katanya negara tidak boleh ada perdana menteri yang homoseksual. Dan dia mengatakan Lim Kit Siang (DAP) adalah ancaman kepada Melayu dan dia (Lim) juga dipenjarakan.

"Tetapi kini beliau suka sangat Kit Siang sehingga sanggup menerima pemimpin de facto pembangkang itu sebagai Timbalan Perdana Menteri agar anaknya (Datuk Seri) Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri," katanya.

Tengku Sariffuddin berkata: "Dulu dia (Dr Mahathir) berkata Kit Siang ancaman kepada Melayu tetapi kini tidak pula. Dulu dia katakan liwat adalah satu jenayah, kini diterima pula. Adakah harimau ini yang sudah lanjut usianya semakin keliru?"

Kata-kata Dr Mahathir amat memalukan, katanya, dan mencadangkan agar " harimau tua itu lebih baik bersara sepenuhnya demi kebaikan negara dan dirinya sendiri."

Tengku Sariffuddin turut menarik perhatian kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini, yang mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir.

Beliau berkata pengamatan oleh Sultan Johor itu jelas dalam tulisan blog terkini Dr Mahathir yang menulis Malaysia adalah satu daripada 10 negara paling korup di dunia.

"Hakikatnya, dalam senarai Transparency International yang terkini, Malaysia ialah negara ke-55 paling tidak korup di dunia.

"Jelas sama ada Dr Mahathir berbohong ataupun dia tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan. Jika bukan begitu, mengapa dia kata Malaysia adalah antara 10 negara yang paling korup sedangkan Malaysia tersenarai antara satu pertiga daripada negara paling tidak korup di dunia?" katanya. - BERNAMA



Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST dan Hutang Tinggi?

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.

Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.


Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.

Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.

Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara.

Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.

Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

(Ini adalah respon saya kepada jawapan melalut penyokong Mahathir dalam entri sebelum ini: https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10212359107153154)

sumber : Ab Jalil Baker
Mahathir Munafik Tua! #TunUTurn Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 2 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!