Friday, 3 March 2017

Lim Kit Siang Lupa Soal Anak Sendiri? #MCA

Kenyataan Media 

Ketua Pemuda MCA Johor 
Sdr Koo Choon Peng

Henti menuding jari kepada orang lain!

JOHOR BAHRU, 2 Mac - Lim Kit Siang perlu berhenti menuding jari kepada orang lain dan sebaiknya menasihati anak sendiri untuk bercuti seperti Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi.

Menurut Ketua Pemuda Badan Perhubungan MCA Negeri Johor, Koo Choon Peng , Ahli Parlimen Gelang Patah itu perlu lebih prihatin tentang siasatan terhadap anaknya sendiri.

“Anaknya, Lim Guan Eng, sedang disiasat oleh SPRM tetapi dia sibuk mempersoalkan sama ada Menteri Besar Johor harus mengambil cuti seperti yang dibuat oleh Datuk Latif. Adakah dia telah lupa tentang anaknya sendiri?

“Beliau sepatutnya menasihati anaknya itu untuk mengikut jejak langkah Datuk Latif, lebih-lebih lagi kerana Guan Eng sendiri yang sedang disiasat oleh SPRM,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan balas kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Kit Siang hari ini berhubung perlunya Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin turut bercuti ekoran kes penyelewengan hartanah dan perumahan di negeri itu.

“Beliau (Latif) telah mengambil keputusan yang baik untuk anak dan pegawainya. Ini contoh teladan seorang pemimpin dan bapa yang baik.

“Saya ingin tahu, bilakah Guan Eng pula akan bercuti untuk memberi tumpuan kepada siasatan kes beliau sendiri, dan tidakkah bapa beliau sendiri menasihati beliau untuk bercuti?,” soal Koo Choon Peng .

-MCA online-


Barisan Nasional mengamalkan sikat terbuka dan memberi kerjasama yang baik dalam pelbagai isu yang melibatkan kepimpinan tidak kira dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan. 

Persoalan yang dibangkitkan oleh Kit Siang tersebut saling tidak tumpah seperti meludah kelangit meskipun anak kesayangnya turun naik mahkamah dalam dakwaan skandal rasuah, tidak pernah sekalipun ia mengesyorkan agar anak nya yang memegang jawatan Setiausaha Parti dan ketua menteri itu bercuti atau meletakkan jawatan.

Lim Kit Siang telah berkuasa didalam DAP selama 51 tahun baginya DAP saling tidak tumpah seperti parti keluarganya sendiri. Jadi sebagai seorang ayah selaku orang yang dikatakan telus dan amanah. Apa tindakkan beliau kepada Lim Guan Eng?!

Lim Kit Siang Lupa Soal Anak Sendiri? #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 3 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!