Monday, 6 March 2017

Kata Kata Datuk Ignatius Kurang Bijak - Dato’ Sri Ti Lian Ker #MCA

Kenyataan Media 
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA 
Dato’ Sri Ti Lian Ker

Jangan hanya mengecam MCA & Duta China atas usaha menguatkan hubungan dua hala; Lemparkan kritikan yang sama terhadap pihak pembangkang juga

MCA kesal tindakan bekas diplomat veteran, Datuk Dennis Ignatius, yang cuba menjejaskan hubungan Malaysia dengan China apabila beliau sengaja mempertikaian tindakan Duta China Dr Huang Huikang yang giat megembara ke seluruh negara, menghadiri program-program anjuran BN dan ditemani pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, menderma beribu-ribu Ringgit untuk sekolah-sekolah Cina, dan menyalurkan bantuan dan biasiswa yang bernilai beberapa ratus ribu Ringgit. (Free Malaysia Today, 4 Mac 2017).

Sebagai seorang diplomat dan penjawat awam, beliau sepatutnya lebih arif dan berkecuali dari bermain politk, terutamanya mengenai isu-isu di peringkat antarabangsa.

Beliau sepatutnya mengalu-alukan kemasukan dana tersebut daripada China kerana ia menunjukkan keyakinan negara China terhadap sistem pendidikan negara kita, serta membuktikan potensi kita dan keinginan China untuk menaik taraf bakat dan sumber manusia Malaysia.

Ignatius telah bersikap hipokrit apabila mengabaikan fakta bahawa kerajaan-kerajaan lain juga menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia atau menaja program pertukaran antarabangsa. Contohnya, Jepun menawarkan biasiswa Monbukagakusho, United Kingdom pula menawarkan biasiswa Chevening, dan ramai rakyat Malaysia juga menerima manfaat daripada biasiswa ASEAN dari Singapura.

Sikap hipokrit beliau terus dibuktikan apabila langsung tidak menyentuh sebuah rombongan yang semua ahlinya Cina daripada DAP yang membuat kunjungan hormat kepada Duta China baru-baru ini, di mana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menyuarakan sokongannya terhadap Inisiatif “Belt and Road” (OBOR) walaupun beberapa pemimpin DAP pernah mengutuk usaha MCA untuk membantu usahawan-usahawan tempatan merebut peluang daripada inisiatif tersebut.

Pada 22 Julai 2015, Guan Eng mengumumkan bahawa China telah melantik Wu Jun sebagai Konsul Jeneral untuk Pulau Pinang, dan menerangkan bahawa pelantikan tersebut bukan sahaja akan membantu hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China, tetapi juga menguatkan hubungan antara rakyat China dengan Pulau Pinang.

Selain itu, Naib Presiden PKR Tian Chua juga pernah mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Cina daripada partinya untuk menemui Duta China beberapa bulan lalu.

Oleh itu, Datuk Ignatius menunjukkan sikap dwi-standard kerana beliau tidak mengecam pihak pembangkang yang juga berusaha membina hubugan dua hala dengan China, tetapi hanya mengkritik Dr Huang, MCA dan UMNO atas perkara yang sama.

MCA mengambil pendirian untuk tidak bermain politik. MCA akan menyokong usaha pihak pembangkang jika mereka berjaya membina hubungan dengan China atau dengan mana-mana kerajaan asing yang mampu membawa masuk pertukaran teknologi, pelaburan asing, pelancong, pelajar asing, dan lain-lain, kerana ia akhirnya akan memanfaatkan seluruh rakyat jelata.

Kata-kata kurang bijak Datuk Ignatius hanya menggambarkan bahawa beliau mempunyai agenda politik tersendiri untuk mencemar imej Dr Huang, MCA dan UMNO.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
Ketua Bahagian Kuantan MCA

-MCA online-
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Memang tidak dinafikan DAP selaku ketua dalam barisan pembangkang sememangnya lebih sukakan semua perkara dipolitikkan dan sering membuat tindakkan bodoh dan akhirnya ia mengancam ekonomi negara bertuah ini.

Pelaburan yang dibawa kedalam negara ini sekaligus memberi manfaat dalam pelbagai aspek antaranya pertukaran teknologi yang kita nikmati hari ini bukalah sesuatu yang percuma, semua memerlukan kerjasama baik dari pihak yang berkemampuan. 

Malaysia sebuah negara yang maju dan terus mendambakan pelbagai manfaat dari pelaburan asing yang membawa teknologi baru seperti pembuatan, automotif, pendidikan, teknologi maklumat, peladangan, pengangkutan dan macam macam lagi. Jika Malaysia tidak membuka ruang kepada para pelabur asing untuk melabur disini darimanakah kita mahu mendapatkan segala kemajuan yang kita inginkan demi negara ini?

Pemimpin pembangkang hanya tahu mengsabotaj ekonomi negara ini demi merebut kuasa tetapi tidak memikirkan apa yang bakal ditempuhi pada masa akan datang sekiranya negara kita gagal menyaingi negara lain lantaran kesempitan pemikiran dan nafsu merebut kuasa semata mata pada akhirnya kita rakyat yang menerima kesannya.

Kata Kata Datuk Ignatius Kurang Bijak - Dato’ Sri Ti Lian Ker #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 6 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!