Tuesday, 28 March 2017

Anthony Loke Buktikan Anda Bukan Seorang Pengencut - Choo Wei Sern #MCA

Kenyataan Media 

Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Eric Choo Wei Sern

Anthony Loke harus berani bercakap benar mengenai isu hukum hudud dan PAS

Saya ingin merujuk kepada kenyataan media Ahli Parlimen Seremban merangkap Setiausaha Organisasi DAP, YB Loke Siew Fook (atau lebih dikenali sebagai “Anthony Loke”), pada 27 Mac 2017 di mana beliau telah menyatakan bahawa “tidak perlu takut” kepada hukum hudud tidak bermaksud menyokong hudud.

Dalam kenyataan media yang sama, YB Anthony Loke juga telah menyatakan bahawa DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS kerana PAS melanggari dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu hudud.

Berdasarkan kenyataan media YB Anthony Loke tersebut, saya ingin melontarkan tujuh (7) soalan berikut kepada YB Anthony Loke:-

1. Apakah pendirian DAP terhadap usul persendirian terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965? Adakah DAP menyokong atau membantah pindaan yang dicadangkan terhadap Akta tersebut?

2. Sekiranya DAP membantah pindaan yang dicadangkan terhadap Akta tersebut, apakah langkah yang telah diambil oleh DAP untuk membantah pindaan tersebut?

3. Adakah rakan-rakan kongsi DAP, sama ada PKR, PAS, PAN dan/ atau Parti Pribumi, menyokong pindaan terhadap Akta tersebut?

4. Sekiranya mana-mana satu rakan kongsi DAP menyokong pindaan terhadap Akta tersebut, apakah langkah yang akan diambil oleh DAP sekiranya DAP membantah pindaan terhadap Akta tersebut?

5. DAP telah seringkali menyatakan bahawa ianya telah memutuskan hubungan dengan PAS. Namun demikian, rekod dalam kesemua suratkhabar jelas menunjukkan bahawa pada 3 haribulan Jun 2015, PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan DAP hanya telah membuat keputusan yang sama 13 hari kemudian pada 16 haribulan Jun 2015. Adakah PAS yang menolak DAP atau sebaliknya?

6. Tambahannya, pada 10 haribulan Jun 2015, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah dilaporkan sebagai telah menyatakan bahawa DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya PAS. Oleh yang demikian, adakah DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS atau dengan Presiden PAS YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sahaja?

7. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor kini terdiri daripada wakil-wakil rakyat dari PKR, DAP, PAS dan PAN. Sekiranya DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS, apakah hubungan DAP dan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor? Adakah ia betul bahawa PAS telah menolak DAP tetapi DAP masih ingin bekerjasama dengan PAS demi tujuan dan manfaat politik DAP sendiri?

Saya berharap bahawa YB Anthony Loke akan menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dengan menjawab soalan-soalan yang melibatkan kepentingan rakyat. Soalan-soalan yang dilontarkan ini senang untuk dijawab dan saya berharap bahawa YB Anthony Loke tidak akan menjadi seorang pengecut seperti sesetengah kawan-kawannya dalam DAP yang tidak berani menjawab soalan-soalan yang ringkas seperti ini.


Choo Wei Sern (Eric)

Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA 
Pengerusi Biro Profesional Muda dan Hal Ehwal Pelajar-Pelajar Institut Pengajian Tinggi

Sumber : MCA Online

Choo Wei Sern


Barisan pakatan pembangkang masih teraba raba dalam mencari kesepakatan dalam semua isu termasuk dalam hal yang melibatkan kepentingan parti masing masing, Admin secara peribadi menyokong tindakkan Choo Wei Sern agar Anthony Loke tak perlu berdalih dalam menjawap 7 soalan yang diajukan kepadanya.

DAP terkenal dalam kelantangan dalam pelbagai isu meskipun ia dapat dirundingkan secara ilmiah akan tetapi dalam soal yang diutarakan diatas DAP selaku taukey kepada para pemecah perpaduan masyarakat di Malaysia hari ini jelas gagal menunjukkan pendirian sebenar dan hanya bermain tarik tali dan tidak berhadapan dengan isu yang dibangkitkan.

Bagaimanakah pula jika pakatan yang tidak konsisten dalam melontarkan pendirian ini mahu memerintah negara ini?

Anthony Loke Buktikan Anda Bukan Seorang Pengencut - Choo Wei Sern #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 28 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!