Thursday, 2 February 2017

Perlunya Siang Ikan Sebelum Simpan! #TipsMemancing #Pancing #Memancing

Bagi pemancing tegar bagi ikan air tawar (ikan darat - gelaran orang kampung) menyiang ikan yang ditangkap adalah salah satu skill yang wajib dipelajari umum oleh mereka berbanding yang tahu memancing ikan di Pasaraya Tesco, NSK ataupun Giant!

Kali ini admin mahu kongsikan kepada semua antara sebab utama perlu kita membuang isi perut ikan air tawar khususnya.

Adakalanya pemancing memilih umpan yang mengikut diet tangkapan seperti cacing/ulat sagu, organ haiwan (perut atau hati ayam), dedak bancuh ataupun buah (buah lakom, ara, pisang atau yang biasa dimakan ikan)

Bagi umpan lipas , perut ayam atau dedak amatlah wajar ikan tersebut disiang sebelum disimpan (sejuk beku) kerana umpan seumpama itu boleh menjejaskan rasa ikan secara langsung merosakkan isi ikan tersebut kerana ia boleh menyebabkan perut ikan "pecah" atau hancur didalamnya. 

Kepada yang tidak tahu umpan lipas contohnya, ia mempunyai cacing yang sehalus rambut didalam perutnya dan ia berupaya merosakkan ikan tersebut jika disimpan tanpa membuang isi perut ikan tersebut mana kala umpan perut ayam pula ia mempunyai asid dari perut ayam itu yang berkemungkinan merosakkan isi ikan tangkapan kita. 

Tidak terkecuali umpan dedak juga berupaya merosakkan ikan kerana unsur 'panas'nya (kadang ikan kolam jadi tak sedap bila beli kat pasaraya berkemungkinan sebab dedak terperam dalam badan ikan) boleh memberi kesan kepada rasa ikan tersebut.

Tidak hairanlah ada yang mendakwa ikan disetengah tempat dikatakan berbau lumpur atau terlalu hanyir untuk dimakan kerana ia tidak mengambil perhatian berkenaan perkara ini.

Kepada kaki gewang atau umpan tiruan juga tidak terlepas dari perlunya menyiang ikan tangkapan mereka kerana ikan liar (makan menyambar khususnya) memakan apa sahaja yang diperlukan oleh dietnya. Seperti gambar ini, Ikan haruan ini memakan anak ular yang berkemungkinan anda sendiri tidak lalu menjamahnya sekiranya telah menyimpan ikan tersebut beberapa lama didalam peti sejuk.


Sekian celoteh admin pada malam ini, semoga bermanfaat!


Perlunya Siang Ikan Sebelum Simpan! #TipsMemancing #Pancing #Memancing Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 2 February 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!