Sunday, 19 February 2017

Menang PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan Hari Ini Masih Relevan! #MCA

BN Sarawak berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanong Datu yang mana ini antara terjemahan suara rakyat Malaysia diperingkat akar umbi mahu meneruskan perjuangan Tan Sri Adenan Satem. Ini juga menunjukkan keyakinan rakyat terhadap parti yang memerintah hari ini iaitu Barisan Nasional diperingkat Persekutuan.

Lantaran itu Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, bekas Ketua Menteri Sarawak yang lebih dikenali sebagai Tok Nan itu begitu disayangi oleh rakyat Sarawak dan beliau sukar dilupakan.


“Oleh itu, saya ucapkan tahniah kepada calon yang menang dan berharap hasrat Tan Sri Adenan dapat diteruskan demi kemajuan negeri Sarawak secara keseluruhannya.

“Lebih-lebih di Sarawak, di sana mereka hidup bersatu-padu dan saya merasakan ia merupakan satu contoh yang baik dan boleh dijadikan model kepada negeri-negeri lain,” katanya.

Puan Sri Jamilah Anu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, hari ini, dengan majoriti 6,443 undi.

Jamilah Anu berusia 61 tahun itu mendapat 6,573 undi, iaitu 551 undi lebih banyak daripada undi diperolehi arwah suaminya, Tan Sri Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, Mei tahun lalu.

Jamilah mengalahkan 2 pencabarnya daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit yang masing-masing sekadar mendapat 108 undi serta 130 undi.

Kedua-dua pencabarnya itu hilang deposit mereka mengikut peraturan SPR kerana gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi.
Menang PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan Hari Ini Masih Relevan! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 19 February 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!