Tuesday, 28 February 2017

Laporan Siasatan #MH370 Siap Tahun Ini #Pray4MH370 #MCA

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan telah meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi insiden Pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang daripada skrin radar pada hari penerbangan dan susulan dari itu, misi mencari dilakukan secara berterusan sehingga membawa kepada pencarian di Lautan Hindi.


"Setelah kami menggantung usaha pencarian, kami akan meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO mengemukakan laporan akhir mengenai keseluruhan penyiasatan itu, laporan teknikal sepatutnya boleh disiapkan pada tahun ini. Kami berharap laporan akhir ini dapat dikeluarkan tahun ini juga," katanya.

Menurutnya usaha mencari pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang sehingga kini melibatkan kos US$112.47 juta (RM500 juta), akan hanya disambung sekiranya ada maklumat baharu dan bukti kukuh mengenainya.

Sebelum ini usaha pencarian MH370 digantung kerana Malaysia terikat kerana menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan semua negara pesisiran pantai di Afrika Selatan bagi mendapatkan bantuan mereka mencari serpihan pesawat berkenaan di kawasan pesisiran pantai.

"Sekiranya mereka menjumpai sebarang serpihan, mereka akan menghubungi kami, pasukan respons kami akan pergi mengambil serpihan itu.

"Baru-baru ini, kami mengambil dua serpihan dan kini, jumlah serpihan yang dikumpul ialah 27 keping," katanya lagi.


Pada 18 Jan lepas, Liow memaklumkan operasi mencari pesawat Penerbangan MH370 yang meliputi kawasan seluas lebih 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi digantung selepas hampir tiga tahun ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Seberang hal tentang penemuan terbaharu itu akan diumumkan kemudian.
Laporan Siasatan #MH370 Siap Tahun Ini #Pray4MH370 #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 28 February 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!