Tuesday, 21 February 2017

Laluan Perkhidmatan MyBAS Perlis Distruktur Semula #MyBas #SPAD

Perkhidmatan #MyBas telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) sebagai satu alternatif SPAD untuk menyeragamkan perkhidmatan bas henti – henti. Perkhidmatan yang telah diperkenalkan beberapa tahun lalu oleh SPAD bertujuan mempastikan sistem pengangkutan awam negeri berada dalam keadaan baik dan bersistematik serta keselamatan pengguna akan lebih terjamin.

Akibat kekurangan sambutan MyBas, maka sebanyak enam laluan perkhidmatan bas henti – henti terpaksa ditamatkan di negeri Perlis. 

Keputusan yang terpaksa dibuat pada 1 hb Februari sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Sabry Ahamd adalah bertujuan untuk mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan berikutan ada antara laluan yang diperkenalkan hanya mendapat kurang dari lima orang penumpang sehari. 

Beliau menambah, pemberian subsidi sebanyak 95 peratus terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan berbanding sasaran asal iaitu 60 peratus selepas lebih setahun MyBas itu beroperasi.

Makluman dari beliau juga menyatakan bahawa beberapa laluan baharu bakal diperkenalkan seperti perkhidmatan ke Jitra, Changlun serta Alor Setar, Kedah yang pada pandangan beliau akan mendapat permintaan yang lebih baik. Perubahan kekerapan laluan setiap jam juga akan berlaku khususnya di waktu puncak sebelah pagi dan petang manakala perkhidmatan di tengah hari akan dikurangkan.

Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan SPAD bagi memenuhi permintaan perjalanan untuk memasuki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau.

Beliau juga menyatakan, selain penamatan laluan seperti Wang kelian, Bukit Air dan Sungai Baru serta mewujudkan laluan baru serta pergabungan beberapa laluan oleh SPAD ianya langsung tidak melibatkan sebarang pertambahan perbatuan.

Menurut beliau lagi meskipun demikian, beberapa stesen pertukaran MyBas masih lagi dikekalkan seperti Bukit Teminag, Kangar, Arau, Simpang Empat, Mata Air, Bukit Keteri dan Kaki Bukit. 

Meskipun stesen Arau telah dipindahkan ke bahagian luar Stesen Kertapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun demikian MyBas masih lagi meneruskan perkhidmatan ke kawasan ini untuk mengambil penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Komuter.



Laluan Perkhidmatan MyBAS Perlis Distruktur Semula #MyBas #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 21 February 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!