Thursday, 2 February 2017

Guan Eng Seperti Kera Makan Cili - Huan #TeamHuan #DAPRasuah

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan tampil mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang, Pulau Langkawai dan sebahagian Melaka sebagai Wilayah Persekutuan.

Huan berkata cadangan tersebut merupakan satu harapan atau cita-cita sahaja.

“Beliau turut menyatakan klausa “If I (Menteri Wilayah Persekutuan) can” jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu cita-cita dan tidak salah untuk mempunyai cita-cita,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Huan berkata demikian sebagai membidas kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah menyelar cadangan tersebut.

Katanya lagi, Guan Eng secara tiba-tiba telah melompat dan mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidakpun dibawa berbincang dan melontarkan kata-kata tidak elok terhadap Tengku Adnan, sedangkan menurut Huan, ia hanya merupakan ‘cita-cita’ atau ‘harapan’.

“Guan Eng turut memetik Perkara 1 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri di bawah Persekutuan Malaysia.

“Tetapi Guan Eng jangan lupa bahawa Perkara 1 (3) juga menyatakan bahawa ia tertakhluk kepada Fasal (4) iaitu mengenai Wilayah Persekutuan yang juga disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak timbul soal menjadi penjajah atau penakhluk kerana Wilayah Persekutuan juga merupakan sebahagian daripada Malaysia,” kata Huan, merujuk kepada Guan Eng yang menggelar Tengku Adnan sebagai ‘penakluk’ yang ingin meluaskan empayar Kementerian Wilayah Persekutuan.

Huan mendakwa Guan Eng ‘seperti kera memakan cili’ kerana takut kepada ‘cita-cita’ dan ‘harapan’ yang belum menjadi cadangan sah untuk dibawa ke meja rundingan.

“Sama seperti bapa Guan Eng juga, Lim Kit Siang (penasihat DAP) yang juga mempunyai cita-cita mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri yang belum pun dipersetujui oleh mana-mana ahli Pakatan Harapan yang lain melainkan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) sahaja yang mengakuinya,” dakwa Huan.

“Jika ia menjadi satu cadangan yang sah dan dibawa ke meja rundingan, Guan Eng tidak perlu takut kerana ia akan mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

Guan Eng di dalam sidang media hari ini menyelar cadangan Tengku Adnan dan berkata Pulau Pinang tidak setuju untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, Tengku Adnan di dalam temubual bersama stesyen radio BFM menyatakan keinginannya untuk mengembangkan Wilayah Persekutuan.

Beliau memberi contoh Kuala Lumpur, dan berkata ibu negara itu tidak akan berada pada tahap hari ini sekiranya ia bukan di bawah Wilayah Persekutuan. - sumber
Guan Eng Seperti Kera Makan Cili - Huan #TeamHuan #DAPRasuah Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 2 February 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!