Wednesday, 1 February 2017

53 Buah Bas Ditahan Dalam Ops Serkap #SPAD.

53 Buah Bas Lakukan Pelbagai Kesalahan dalam Ops Serkap!

Sebanyak 53 buah bas didapati melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Serkap di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata antara kesalahan adalah tidak mempunyai permit yang sah, tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan beberapa kesalahan lain.



"SPAD akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di pejabat SPAD, TBS malam tadi. SPAD turut memantau penjualan tiket haram oleh ulat-ulat tiket.

"Kami sering mengingatkan penumpang bas agar membeli tiket bas di kaunter TBS bukan dengan pihak ketiga bagi mengelak dari ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Selain itu, Mohd Azharuddin berkata pihaknya turut mempertingkatkan operasi di seluruh negara bagi mengurangkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti kemalangan jalan raya.

Ops Serkap yang bermula 21 Januari, dan berakhir pada 5 Feb bertujuan memantau penjualan tiket serta memastikan bas-bas penumpang berada dalam keadaan selamat dan terbaik. -- BERNAMA (28 Januari 2017)

Alhamdulillah, minggu lepas hari yang sibuk bagi seluruh wargakota yang memilih untuk pulang ke kampung halaman meskipun keadaan lebuhraya penuh sesak terutama dari arah Selatan ke Utara.

Turut dilaporkan oleh pihak PLUS ada kesesakkan lebuhraya cuti perayaan kali ini yang berlarutan sehingga  mencecah puluhan kilometer lantaran ramainya pengguna memilih untuk menggunakan lebuhraya secara serentak.

Lebih menyeronokkan buat semua rakyat Malaysia ialah kali ini cuti perayaan Tahun Baru Cina hampir tidak ada berita insiden yang melibatkan bas ekspres yang meragut nyawa rakyat Malaysia seperti insiden insiden yang pernah terjadi pada tahun tahun sebelum ini.

Tahniah kepada pihak SPAD khususnya dan agensi agensi yang turut terlibat dalam OPS SERKAP kali ini yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kelancaran perjalanan para pengguna disamping memberikan kesedaran pihak yang terlibat agar mematuhi undang undang jalan raya.


53 Buah Bas Ditahan Dalam Ops Serkap #SPAD. Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 1 February 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!