Sunday, 1 January 2017

Tahun 2016 Tahun Yang Mencabar - Liow Tiong Lai #MCA

Selamat tahun baru 2017!

Sepanjang setahun perjalanan yang dilalui pada 2016 yang lalu pelbagai peristiwa dihadapi oleh kita semua tidak terkecuali fenomena Politik Malaysia yang kini dilihat lebih rancak terutama dalam serangan serangan terhadap Kerajaan hari ini.


YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
PERUTUSAN TAHUN BARU

Sambil kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru, marilah kita mengimbau kembali 12 bulan yang telah kita lalui. Tidak dapat dinafikan tahun ini merupakan tahun yang mencabar di peringkat global dan tempatan. Walaupun pelbagai rintangan telah kita tempuhi pada 2016, kita masih mempamerkan daya ketahanan dan ketabahan dalam menempuh cabaran-cabaran tersebut.

Meskipun begitu, Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menangani kadar pertumbuhan yang perlahan dan ketidaktentuan. Dengan kebijaksanaan dan kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, kita berjaya membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya dari China dan Jepun. Kebolehan untuk berpandang jauh dan siap-sedia ini akan meningkatkan potensi ekonomi yang wujud di negara kita.

Sebagai tunggak penggerak ekonomi, sektor pengangkutan dan logistik di Malaysia juga menunjukkan kemajuan yang kukuh. Dengan pembangunan berterusan rangkaian kereta api di negara ini, terutamanya dengan pelancaran Fasa 1 MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Rakyat dapat menikmati kemudahan akses dan peningkatan kualiti hidup. Lebih-lebih lagi, projek landasan kereta api antara bandar seperti Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) serta projek antarabangsa seperti Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia - Singapura akan membawa kepada sistem perhubungan yang efisien dan seterusnya menyediakan peluang perkembangan untuk perniagaan tempatan.

Saya berbangga untuk memaklumkan bahawa Fasa 1 bagi Pelan Logistik dan Perdagangan telah berjaya dilaksanakan, dan antara kejayaan utama termasuk pelarasan pangkalan data logistik nasional dan penambahbaikan produktiviti pengangkutan fret. Ini petanda baik untuk matlamat jangka panjang dalam transformasi Malaysia sebagai hab logistik yang berdaya saing di ASEAN.

Kejayaan-kejayaan ini jelas menunjukkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan yang terus berkhidmat untuk Rakyat. Namun, terdapat pihak yang menyelar nilai-nilai murni perpaduan dan keharmonian Rakyat Malaysia dengan memupuk sikap perpecahan dan permusuhan. Saya menyeru agar Rakyat menentang elemen-elemen negatif ini dan menegakkan semangat kesederhanaan dan kesatuan yang telah diterapkan oleh bapa-bapa pembangun negara. Ini penting demi kemajuan Malaysia.

Bagi mereka yang akan melancong pada hujung minggu ini, sila memandu dengan berhati-hati. Marilah kita menyambut tahun 2017 sebagai pengguna jalan raya yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab.

Selamat menyambut tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia!

-Tamat-
Tahun 2016 Tahun Yang Mencabar - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 1 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!