Wednesday, 4 January 2017

SPAD Tubuhkan Makmal Bas - Datuk Seri Hajah Nancy #SPAD

Pihak Kerajaan memandang serius insden yang terjadi yang melibatkan kemalangan di jalan raya tanpa mengira apa juga statusnya.

Baru baru ini tragedi nahas bas ekspress yang terjadi di Pagoh pada 24 Disember 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy memberi respond siasatan terperinci telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenalpasti punca dan kewajaran siasatan yang boleh diambil oleh agensi agensi Kerajaan di bawah bidang kuasa masing masing.


Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menubuhkan Makmal Bas yang akan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan agenda memperkasakan industri bas. Di antara lainnya makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.

Makmal ini juga akan dilaksanakan pada bulan hadapan (Febuari) dan akan melibatkan penglibatan serta pandangan pihak berkepentingan di dalam industri termasuk orang awam (pengguna) daripada seluruh Semenanjung Malaysia. 

Nancy juga turut meminta jasa baik dari para media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi buruk yang tidak membantu siasatan malah ia mungkin akan melambatkan lagi keputusan siasatan.

“Kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus bekerjasama dengan pengendali bas ekspres, persatuan-persatuan, agensi dan pemegang kepentingan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas ekspres serta keselamatan penumpang”, tambah beliau.

Amaran turut dikeluarkan kepada semua syarikat bas ekspres agar memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan pemanduan dan penumpang agar perkara sedemikan tidak akan berulang lagi memandangkan kita bakal menyambut cuti perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini (Januari)

“Saya telah mengarahkan SPAD untuk menggandakan audit berasaskan risiko (risk based auditing) ke atas pengendali-pengendali bas ekspres bagi memastikan pematuhan ke atas Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) dilaksanakan demi keselamatan penumpang.

Menurut Nancy, ICOP Keselamatan SPAD secara jelas telah mempertanggungjawabkan pengendali bas ekspres untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pekeliling juga telah dikeluarkan yang menyentuh aspek pematuhan kepada had memandu yang menjadi satu punca utama kemalangan yang paling kritikal dan wajar diberi perhatian dan pemantauan yang cekap sepanjang masa operasi bas.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat pengendali bas ekspres yang boleh dijadikan contoh bagi meningkatkan tahap prestasi industri berdasarkan rekod perkhidmatan dan keselamatan yang cemerlang. Selain daripada ICOP Keselamatan, adalah menjadi tanggungjawab bersama agensi-agensi Kerajaan berkaitan untuk terus bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keselamatan industri bas ekspres.

Datuk Seri Hajah Nancy turut menambah, orang ramai serta penumpang bas ekspres juga boleh membantu mengelak berlakunya insiden tidak diingini dengan membuat aduan menerusi nombor hotline 24 jam SPAD (1-800-88-7723) atau emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD sekiranya mendapati pengendali bas tidak mematuhi undang-undang serta keadaan pemandu yang membimbangkan. 

Malah pengguna pekhidmatan (khususnya penumpang) juga boleh terus membuat aduan ketika dalam perjalanan sekiranya mendapati pemanduan adalah tidak selamat dan melanggar peraturan jalan raya agar pihak SPAD dapat terus membuat tindakan pantas menanginya dengan seberapa segera.

SPAD Tubuhkan Makmal Bas - Datuk Seri Hajah Nancy #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 4 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!