Thursday, 26 January 2017

SPAD Terus Perhebat Operasi Penguatkuasaan #CNY2017 #SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperhebatkan penguatkuasaan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya susulan jangkaan pertambahan perjalanan dalam menyambut Tahun Baharu Cina pada hujung minggu ini.

Hal ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pasukan penguatkuasaan SPAD bukan sahaja melakukan pemeriksaan di kaunter tiket serta kegiatan haram seperti ‘ulat tiket' (menjual tiket secara haram) tetapi juga memeriksa dokumen perjalanan bagi kenderaan di terminal bas khususnya.



“Selain itu, operasi secara menyamar dan rondaan di lokasi terpilih turut dilaksana bagi memantau pematuhan keselamatan oleh bas ekspres serta kelakuan pemandu,” kata Nancy

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkerja sama dengan SPAD memulakan operasi bersama khas Tahun Baharu Cina dalam usaha mencegah nahas jalan raya semasa musim perayaan kali ini.

Dijangkakan operasi ini bermula 21 Jan hingga 5 Feb 2017 nanti akan merangkumi focus operasi 24 jam yang akan dijalankan dari 27 Jan hingga 1 Feb 2017.

27 Kes telah dikesan dan penangkapan seorang suspeck 'Ulat Tiket' dalam tempoh operasi bermula. Sebanyak 383 buah kenderaan diperiksa dan lapan pegawai penguat kuasa melakukan penyamaran sebagai penumpang dalam empat perjalanan bas ekspres semasa operasi ini berlangsung.

“Kerajaan mengingatkan pengusaha pengangkutan awam darat dan pemandu bas yang mereka mempunyai peranan penting dalam mempertingkat tahap keselamatan penumpang yang mereka bawa.

“Selain itu, pengusaha juga harus pastikan pemandu bas masing-masing mematuhi had laju pada setiap masa,” kata beliau lagi.
SPAD Terus Perhebat Operasi Penguatkuasaan #CNY2017 #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!