Friday, 27 January 2017

RM80,000 Untuk Banjir Kelantan #PemudaWilayah #Banjir2017


"RM80,000 Untuk Banjir Kelantan"
Oleh : Helmi Hanafi 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan konvoi kenderaan Misi Banjir bagi menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat.

Misi banjir itu merupakan kerjasama diantara Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama Biro Kebajikan UMNO Malaysia.


Menurut Tengku Adnan, misi kali ini merupakan konvoi pertama bantuan mangsa banjir gelombang kedua dan terdapat bantuan lagi yang akan menyusul selepas ini.

"Kita juga akan melihat keperluan lain untuk menghantar bantuan bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas.

"Jika diperlukan bagi kemudahan logistik, kita akan meminta pertolongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada pemberita selepas selesai melepaskan kenderaan misi bantuan di Perkarangan Menara Dato Onn, PWTC.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebuah lori seberat tiga tan, sebuah van dan sepuluh buah kereta disertai tiga puluh orang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyertai misi bagi menyampaikan sumbangan banjir ini.


Sumbangan barangan yang berjumlah RM80 ribu itu merupakan barangan keperluan asas bagi membantu 400 buah keluarga meliputi 3200 orang penduduk di Pasir Puteh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO turut memberi reaksi terhadap peringatan yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad terhadap ahli politik yang terlibat dengan rasuah.


"Bagi saya ia satu peringatan yang bagus...kami peka terhadap isu tersebut dan kami tidak mengamalkannya," katanya pendek.

Sebelum ini, Dzulkifli dalam satu temubual berkata pihaknya mempunyai strategi tersendiri dan akan menentukan sendiri bilakah tindakan akan diambil.

"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu.


"Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini," katanya.-27/1/2017
RM80,000 Untuk Banjir Kelantan #PemudaWilayah #Banjir2017 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 27 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!