Tuesday, 17 January 2017

Rasakan Pengalaman Simulasi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Di KL Sentral #SPAD

Kepada yang tidak pernah menaiki Rel Berkelajuan Tinggi / High-speed Rail (HSR) diluar negara, jangan lepaskan peluang untuk sama menikmati pengalaman berharga dengan mencuba simulasi Rel Berkelajuan Tinggil


Pada tanggal 16 Januari 2017 Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam sistem pengangkutan awam daratnya yang mana YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD telah merasmikan Kiub Simulasi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) China di Stesen Sentral Kuala Lumpur. 


Kiub ini dibuka bagi memberi pendedahan dan pengetahuan baharu mengenai teknologi yang diguna pakai oleh Negara China dalam pengangkutan awamnya. 



Turut hadir sama bagi pembukaan ini adalah Duta Besar China ke Malaysia iaitu Yang Terutama Huang Huikang. Untuk makluman semua bagi yang ingin merasai simulasi tren berkelajuan tinggi ini boleh datang ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Kiub ini dibuka selama 3 bulan bermula pada hari ia dirasmikan.





Rasakan Pengalaman Simulasi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Di KL Sentral #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 17 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!