Thursday, 26 January 2017

Rakyat Malaysia Harus Bersatu Padu - Liow Tiong Lai #MCA #CNY2017 #HappyChineseNewYear2017 #ChineseNewYear2017

Perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2017 oleh Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, jelas memupuk rakyat Malaysia harus bersatu padu sebagai masyarakat yang mendukung perpaduan demi membina kehidupan yang sederhana, toleransi dan berfikiran ke hadapan, menerima dan saling menghormati hak, kepercayaan dan tradisi satu sama lain, katanya 

Kepelbagaian budaya Malaysia yang unik ini ialah satu daripada tunjang kekuatan negara dan oleh itu, Parti komponen Barisan Nasional ia ini MCA komited untuk mengekalkan keharmonian sosial yang sekian lama dinikmati berbilang kaum di Malaysia.

"Ketika kita merenung ke hadapan, menguruskan kos sara hidup yang meningkat akibat cabaran ekonomi akan menjadi agenda utama pada 2017.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan untuk membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pembiayaan peruntukan untuk memberi bantuan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017," katanya dalam perutusannya.


MCA yang diketua Datuk Seri Liow Tiong Lai sentiasa berusaha memenuhi kehendak masyarakat termasuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti melalui inisiatif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), dan memberi bantuan kewangan kepada usahawan melalui skim pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI), kata beliau lagi.

"Kami percaya sepenuhnya bahawa inisiatif ini akhirnya akan mengukuhkan negara dan ekonomi kita. Inilah sebab mengapa mengapa MCA terus bekerja keras untuk mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Selain itu, memandangkan pentingnya pelaburan langsung asing kepada ekonomi, MCA gembira kerana telah memainkan peranan penting membantu membawa masuk pelaburan baharu dari China, ekonomi kedua terbesar di dunia," katanya.

Peluang daripada pelaburan ini pasti memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sesungguhnya sektor pengangkutan akan mendapat manfaat daripada kepakaran China, terutama projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang bakal menjadi pencetus perubahan kerana ia akan meningkatkan kesalinghubungan antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia, kata Liow.

Jaringan perhubungan yang baik ini bakal melahirkan peluang perkerjaan dan penjanaan ekonomi setempat disamping menaikkan taraf kehidupan rakyat kearah yang jauh lebih baik untuk masa akan datang.

"Inisiatif ini akan memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat, dan Kerajaan BN komited untuk melihat usaha ini membuahkan hasil," kata Liow.

Beliau mengakhiri perutusan Tahun Baharu Cina 2017 beliau dengan menggesa rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan hari ini agar menjauhi pemikiran ektrimis dan bersama sama membangunkan negara ini.

"Marilah kita bersama-sama memenuhi peranan sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, mencapai persefahaman dan tidak mudah luntur semangat.

Kepada pengguna jalan raya iaitu mereka yang memandu pada cuti hujung minggu yang panjang ini, pandu cermat dan jangan lupa berhenti untuk rehat jika berasa letih di jalan raya," kata Liow.

Beliau turut mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya, semoga beroleh kesejahteraan dan semua berada dalam keadaan sihat.
Rakyat Malaysia Harus Bersatu Padu - Liow Tiong Lai #MCA #CNY2017 #HappyChineseNewYear2017 #ChineseNewYear2017 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!