Tuesday, 24 January 2017

Pemimpin UMNO Raikan Penduduk Kaum Cina Seputeh #PemudaWilayah

Hari ini Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP) sempena menyambut Tahun Baru Cina oleh pemimpin masyarakat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh. 



Program kemasyarakatan ini telah dihadiri oleh hampir 400 orang masyarakat dalam kawasan Parlimen Seputeh dan rata - rata bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang disampaikan oleh YB Senator Datuk Mustapa Kamal. YB Senator telah memberi hamper, buah limau mandarin dan sumbangan wang tunai sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina.

Dalam ucapan YB Senator sebentar tadi, beliau juga telah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. K.K. Chai, pemilik K.K Group kerana sudi memberi sumbangan makanan dan minuman pada program kali ini. Lebih menarik lagi, YB Senator sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL telah meminta kepada pengurusan DBKL untuk memberi pertimbangan kepada peniaga di kawasan KEP yang terletak di dalam Parlimen Seputeh bagi membenarkan mereka meletakkan kerusi dan meja di luar kedai pada waktu malam.






Ini dengan syarat pada waktu siang tidak ada satu pun kerusi atau meja diletakkan diluar kedai yang menghalang kawasan letak kereta atau lalu lintas.Bagi YB Senator, asas kepada kemajuan satu kawasan adalah hasil perbincangan antara penduduk dan pentadbir atau kerajaan.
Saudara Razlan Rafii selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh turut sama hadir.
Apabila terdapat perbincangan, pelbagai masalah dapat diselesaikan sekaligus mewujudkan win - win situation bagi kedua belah pihak. Selain itu YB Senator juga telah menzahirkan harapan beliau agar masyarakat berbangsa Cina terus menyokong kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti berjaya berkhidmat demi kesejahteraan rakyat di Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya.

YB Senator Datuk juga gembira dapat bersama - sama warga emas di Seputeh yang beliau anggap sebagai ibu dan bapa beliau. Akhir sekali YB Senator Datuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina dan berhati - hati ketika memandu bila pulang ke kampung halaman masing - masing.



UMNO Seputeh & Masyarakat Berpisah Tiada

Gambar - gambar program boleh diakses di: [sumber]
Pemimpin UMNO Raikan Penduduk Kaum Cina Seputeh #PemudaWilayah Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 24 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!