Monday, 23 January 2017

MCA Tidak Pernah Minta Jawatan TPM - Najib Razak #MCA


Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia menafikan parti MCA pernah membuat pemohonan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang didakwa bekas Pedana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini ketika dalam ucapanya yang dianggap tidak konsisten dan sering mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Najib menyatakan semenjak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah pada 2009, Beliau dan pihaknya tidak sekali menerima tuntutan sedemikian daripada mana mana komponen parti dari Barisan Nasional.

“Sejak saya jadi PM, MCA tidak pernah minta nak jadi TPM. MCA dah dapat jadi menteri pun mereka sudah berterima kasih dah,” kata Najib dalam laporan yang keluarkan oleh pihak pemberita.

Tun Mahathir kerap mengeluarkan kenyataan yang mengarut dan tidak masuk akal memandangkan beliau sudah kehabisan modal politik dalam mengutarakan isu politik tanah air terutama dalam agenda beliau menyerang pucuk pimpinan Negara hari ini. 

Sebelum ini Mahathir sendiri mendedahkan parti sekutunya DAP yang mengidamkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya memerintah kelak, tetapi akhirnya keceluparan beliau itu mengundang reaksi terhadap rakan pembangkangnya lalu beliau mengacukan ia kepada MCA.

Tidak lupa juga hasrat beliau kononnya mahu membatalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia akhirnya beliau mengakui BR1M banyak member manfaat kepada rakyat Malaysia dan berjanji mahu meneruskan BR1M sekiranya parti pembangkang (Pakatan Harapan) berjaya memerintah Malaysia pada PRU14 akan datang.
MCA Tidak Pernah Minta Jawatan TPM - Najib Razak #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!