Sunday, 8 January 2017

MCA Tidak Jauh Dari Umno - Liow Tiong Lai #MCA

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan dakwaan kononnya parti itu sudah tidak relevan dan semakin menjauhi UMNO.


Meskipun MCA adalah parti yang didominasi kaum Cina, namun ia tetap utuh menjalinkan kerjasama baik dalam komuniti bangsa selainnya dalam agenda memperkasakan hidup dalam masyakat majmuk di Malaysia.

"MCA sebuah parti relevan dan kita telah bersama-sama UMNO dan MIC untuk wujudkan Malaysia dan mencapai keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas sesi 'MCA English Speaking Members' di Wisma MCA, semalam.

Liow juga bersikap realistik dan mengakui menghadapi cabaran getir dalam merain semula sokongan terhadap meraka (MCA). Walaubagaimanapun MCA tetap memperjuangkan kepentingan kaum majoriti parti itu.


Masyakat Cina perlu sedar bahawa MCA banyak menabur jasa dan memperjuangkan hak bagi kaum itu antaranya melaksanakan dasar dasar inklusif dan pembangunan projek termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
MCA Tidak Jauh Dari Umno - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 8 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!