Thursday, 26 January 2017

Mahathir Suka Perkauman - Liow Tiong Lai #MCA #CNY207

Datuk Seri Liow Tiong Lai Presiden MCA menyelar tindakkan bekas perdana menteri Tun Mahathir kerana sering mengulangi kata kata yang berbau perkauman terhadap inisiatif kerajaan dalam agenda pembangunan negara.

Antara yang disentuh oleh beliau berkenaan ucapan Mahathir yang cuba memperalatkan Projek Pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia, Johor dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) apabila kehabisan modal politik tidak sihat Mahathir.

"Saya kesal Tun M (Dr Mahathir) menjadikan isu ini menjadi isu perkauman terhadap China dan orang Cina. Kami hormat beliau sebagai seorang pemimpin namun hari ini dia telah berubah.

"Beliau tidak boleh menggunakan pendekatan perkauman dan ia menjadi lebih buruk kerana DAP turut memainkannya. Mereka cuba melabel MCA sebagai ejen China dan mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan satu isu perkauman," katanya lagi

Oleh yang demikian, Liow berharap seluruh lapisan rakyat Malaysia yang hidup dalam keharmonian bersama sama untuk menolaj pemimpin yang sering mengunakan sentimen perkauman yang menyukarkan hubungan penduduk Malaysia termasuk hubungan dengan negara lain.

"Pelaburan dari China penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tahu mereka perlu mengikut undang-undang Malaysia jika mereka mahu membuat pelaburan di sini. Kami juga akan memastikan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa dijaga dan dipelihara.

"Apabila Tun M menggunakan isu perkauman dan terlalu terikat dengan agenda politik dalam isu ini, saya merasakan beliau telah tersalah hala tuju kerana untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita memerlukan pelaburan," katanya lagi.

Terdahulu Tun Mahathir menyasarkan serangan terhadap kerajaan dan menggunakan Isu Forest City dan ECRL yang kononnya cuba digadai oleh kerajaan atau pemerintahan YB PM Najib Razak kerajaan membuat pinjaman yang tidak sesuai dengan senario aktivit ibiasa.
Mahathir Suka Perkauman - Liow Tiong Lai #MCA #CNY207 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!