Wednesday, 11 January 2017

Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

Setelah beberapa bulan dilaporkan berada dalam keadaan sakit, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akhirnya menemui Penciptanya pada jam 1.20 tengah hari tadi di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan, Sarawak.

Sebelum ini, penampilan beliau di pentas politik di Sarawak dilaporkan terpaksa di hadkan berikutan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Beliau dilaporkan kerap mendapatkan rawatan berikutan masalah jantung yang beliau hadapi sebelum ini.



Pada 7 Mei lalu, beliau mengetuai Barisan Nasional negeri Sarawak memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11 dengan begitu cemerlang sekali. Berikutan kemenangan besar 72 kerusi ini, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke 5 pada malam kemenangan berkenaan.

Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak.

Salam takziah buat seluruh rakyat Sarawak. Al Fatihah!

Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!