Tuesday, 3 January 2017

Kekuatan UMNO Tidak Mungkin Kerajaan Negeri Sembilan Boleh Ditukar - Datuk Chong Sin Woon #MCA

Malaysia dibangunkan dengan kerjasama kuat semua kaum di Malaysia tidak mengira warna kulit rakyatnya mengidamkan keamanan, keselesaan, keselamatan dan kestabilan ekonominya untuk terus hidup aman dan sentosa di sini.

Negeri Sembilan khususnya masyarakat Cina diingatkan agar jangan mudah terperdaya dengan janji manis dan hasutan pihak pembangkang yang mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang terbukti agendanya untuk membela rakyat hari ini hanya kerana termakan fitnah dan adu domba yang kini menular disegenap pelusuk negara terutama di media sosial.


Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon semasa memberikan ingatan itu berkata sudah acap kali parti pembangkang melaungkan slogan "Ini Kalilah", malangnya diantara mereka tidak mempunyai kesepakatan yang jitu dan hubungan toleransi yang utuh sesama mereka.

"Saya memberitahu masyarakat Cina bahawa jangan lagi mendengar hasutan pembangkang khususnya DAP yang mengatakan bahawa mereka mampu menukar kerajaan Negeri Sembilan.

"Saya kata itu semua omong-omong kosong sahaja, sudah lapan tahun kita tidak ada wakil rakyat daripada kalangan parti komponen Cina di dalam kerajaan Negeri Sembilan.

"Jadi dengan kekuatan UMNO sekarang, tidak mungkin kerajaan Negeri Sembilan boleh ditukar, jadi jangan lagi percaya apa-apa cakap manis daripada DAP," katanya selepas Majlis Makan Malam bersempena sambutan Tahun Baharu di Paroi.

Datuk Chong Sin Woon yang juga Timblan Menteri Pendidikan memaklumkan sokongan kaum Cina terhadap MCA semakin bertambah dan MCA berikrar untuk terus berusaha dengan sedaya upayanya yang ada dalam agenda memperkasan Barisan Nasional agar memberikan kemenangan mutlak parti memerintah hari ini pada pilihanraya akan datang.

Kekuatan UMNO Tidak Mungkin Kerajaan Negeri Sembilan Boleh Ditukar - Datuk Chong Sin Woon #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 3 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!