Saturday, 21 January 2017

Gara Gara Mahathir Celupar, Mahathir Cuba Salahkan MCA #MCA

Kisah mencuit hati bila mana seorang bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir yang memerintah atas tiket parti UMNO menyalahkan MCA yang mengidamkan kerusi Timbalan Perdana Menteri.



Atas dasar apakah Mahathir mengeluarkan kenyataan 'bingung' seperti itu sedangkan pada masa beliau berkuasa dahulu MCA adalah sebuah parti yang setia dan bermuafakat bersama UMNO dan Barisan Nasional.



sebelum ini beliau sendiri pernah mengkritik pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai seorang rasis, diktator dan komunis.

Politik pusingan-U (U-turn Mahathir) yang dibuat beliau membuktikan bahawa beliau sedang menggunakan taktik politik perkauman dan berbohong dengan mencetus kebencian sesama masyarkat berbilang bangsa di Malaysia. Adakah Mahathir lupa, MCA juga antara yang terbabit dalam penyediaan perlembagaan negara yang meletakkan keharmonian dan kerjasama antara kaum sewaktu menuntut kemerdekaan negara ini dahulu?

Sejarah telah membuktikan, bagaimana MCA setia bersama Mahathir dalam saat-saat sukar politik negara pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram, MCA dengan amanahnya telah menyandang jawatan Pengerusi Barisan Nasional sebelum menyerahkan kembali jawatan tersebut kembali kepada pucuk pimpinan UMNO baru dibawah kekuasaan Mahathir.

Imbau sekali lagi insiden era refomasi pada tahun 1998 yang mana menjadi saksi lagi sekali kesetiaan MCA kepadanya, bagaimana Mahathir terus mendapat sokongan MCA sewaktu Anwar Ibrahim memilih untuk menjemput campurtangan 'International Monetary Fund (IMF)' dalam menyelesaikan krisis matawang negara. 

MCA tetap dalam permuafakatannya dalam komponen Barisan Nasional dibawah kepimpinan YB PM Najib Razak meskipun pada kala ini Mahathir saling tak tumpah seperti 'Kacang lupakan kulit' sehingga sanggup menuduh MCA sedemikian rupa.
Gara Gara Mahathir Celupar, Mahathir Cuba Salahkan MCA #MCA Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 January 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!